Alhamdullillah...selepas anakku tamat pengajian di matrik, akhirnya dia dapat menyambung pelajarannya di salah sebuah Universiti di Malaysia Ijazah Sarjana Muda.
Aku bersyukur sangat.
Aku doakan moga anakku akan perolehi kejayaan cemerlang.
Aamiin.. In sha allah
Thursday, 4 September 2014
Thursday, 8 May 2014
HIDUP INI UMPANA SEBIJI BOLA
Kita harus percaya bahawa hidup ini umpama roda.
Kita tidak sentiasa berada diatas.
Kita tidak sentiasa bahagia.
Bila hidup suami isteri juga begitu. Aku sentiasa mengimpikan sebuah mahligai yang bahagia, stabil dan ceria.
Namun itu hanyalah sebuah dongengan semata2.
Bila kau, seorang suami sentiasa melukakan hati aku, aku kecewa yang amat sangat.
Apa jua ayat atau penyampaian kau pada ku amat melukakan hati ini.
Bila kau tidak berduit, aku lah tempat kau cari. Namun bila aku tidak berduit ku tak kau peduli.
Sakit, sakit teramat sangat. Bila aku ingin cekalkan hati ku untuk tidak menolongmu dengan masalah dirimu, aku tidak sampai hati. Tapi kau!...kau tergamak untuk melihat aku menderita.
Cuma aku ingin katakan pada mu wahai suami...
Sebagai seorang wanita, kami tidak pernah sampai hati bila melihat seorang insan yang amat kami sayangi sedang dilanda masalah. Walau pun kami sendiri tidak punya apa-apa namun kau dan anak-anak adalah keutamaan kami.
Hargailah kami... Walau pun kami tidak lah sempurna yang kau impikan.. Namun kami hanya ingin perhatian serta kasih sayang dari kalian.
Janganlah ucapan dari bibir sahaja yang kalian menyanyangi kami... jangan lah ucapan kalau tidak sayang buat apa kalian mengahwini kami.. Ayat-ayat begitu amat meruntun hati kami ini.
Kami serahkan hidup kami pada kalian agar kami mendapat kasih sayang yang kami cari seperti cerita dongeng atau iklan yang pernah kami lihat sewaktu kecil.
Impian kami juga besar seperti kalian yang inginkan wanita cantik dan seksi serta berbagai lagi impian kalian dahulu.
Kami tidak mengharapan kalian sempurna seperti kalian mengharapkan pada kami, namun kasih sayang serta perhatian sudah cukup untuk membuatkan kami bahagia.
Percayalah, segalanya ketentuan Allah. Jika kamu mengecewakan hati seorang isteri, hidup kalian juga tidak akan aman. Allah amat berkuasa... dan sememangnya syurga itu di bawah tapak kaki suami, namun perasaan seorang siteri adalah tangungjawab seorang suami.
Monday, 21 April 2014
RESPECT
Respect for others... that what my mother had said to me when i was a little girl..
Until today, still i respect for others..
Even to my father that gave such a broken heart wishes for my birthday.. i respect him because he is my father after all. And i love him dearly.
To my siblings...i respect them as they are the one and only sisters i have..
To my mother as she had gave so may advise and even she gave such a harsh advise sometimes but still a mother is who knows best...
I respect my husband even he doesn't respect me.. if he wanted to scold me in front other people he would have no respect for me..I still respect as who he is... a Husband..
But...
Hey! i also wanted a respect from them.. Not respect for me because i'm no body...just respect for my feelings.
I'm a human being... need some love... that's all i need.
Please... hear me... how shall i say this to them... even i gave a hint but no body cares...
Until today, still i respect for others..
Even to my father that gave such a broken heart wishes for my birthday.. i respect him because he is my father after all. And i love him dearly.
To my siblings...i respect them as they are the one and only sisters i have..
To my mother as she had gave so may advise and even she gave such a harsh advise sometimes but still a mother is who knows best...
I respect my husband even he doesn't respect me.. if he wanted to scold me in front other people he would have no respect for me..I still respect as who he is... a Husband..
But...
Hey! i also wanted a respect from them.. Not respect for me because i'm no body...just respect for my feelings.
I'm a human being... need some love... that's all i need.
Please... hear me... how shall i say this to them... even i gave a hint but no body cares...
Friday, 11 April 2014
KENAPA? MENGAPA?
Beberapa hari ini aku sentiasa mendapat mimpi dan dalam mimpi itu orang paling aku benci sentiasa hadir dalam mimpi aku.
Kenapa terjadinya begitu? Adakah mainan tidur atau aku teringatkan dia? TIDAK...tidak mungkin...aku tak pernah merinduinya. Namun dia sentiasa hadir dalam mimpi aku.
Bila bertanya pada kawan2 mereka kata aku teringatkan dia sangat. Ada ke patut..atau aku menipu diri aku sendiri.
Mungkin kami telah berkawan lama dan aku seronok berkawannya dahulu sehinggalah dia menikam aku dari belakang hanya kerana inginkan perhatian. Namun itu tidak bermakna aku teringatkan dia selalu.
Entah lah... kadang kala aku ingin melupakan semua yang pernah terjadi dalam hidup ku untuk aku meneruskan kehidupan aku yang baru namun bila luka yang pernah berdarah atas perbuatan orang yang pernah lukakan hati ini bercalar kembali aku jadi sakit. Namun dalam kesakitan itu aku sedih kerana aku kehilangan orang yang pernah aku percayai.
Sekarang bila aku ingin memulakan hubungan persahabatan aku lebih berhati-hati namun aku ini manusia biasa dan aku tidak lepas dari mengulangi kesilapan aku dahulu iaitu cepat percayakan orang dan cepat kasihan pada orang hingga menjerat diriku sendiri.
Wednesday, 9 April 2014
MUSLIMAH ITU
Muslimah itu ,
terkadang gelak kuat tak henti , terkadang juga minum berdiri , terkadang sebelum tidur trlupa baca doa & ayat kursi ,
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri ,
terkadang aci redah sarung kasut org lain tanpa disedari .
Muslimah itu ,
terkadang gembira sampai trlompat terkinja smbil trsenyum tayang gigi ,
terkadang menitis air matanya laju tak terperi ,
terkadang rasa lemah smpai tak mampu nk bangun2 lagi ,
terkadang rasa marah menguasai diri ,
sampai rasa nk lempang org tu laju2 without mercy .
Muslimah itu ,
adalah manusia biasa ,
yg tak lari dari segala perasaan sebagai manusia ,
yg tak lari dari segala mcm ujian dan pancaroba ,
yg tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya ,
yg tak lari dari buat khilaf dan dosa .
Kerana apa ?
Kerana dia juga manusia biasa . Apa2 pun , yg pastinya , muslimah itu sentiasa bangkit bila trjatuh , sentiasa cuba gembirakan hati org lain walau hatinya sendiri remuk , sentiasa cuba nk improve diri ,
dari semasa ke semasa tnpa henti , walau terkadang dia trsungkur , itu bkn kerana dia lemah ,
tapi itu kerana dia cuba ambil masa utk bangkit semula ,
jadi kuat dari sebelumnya ,
kerana dia berusaha utk mnjadi bidadari dunia , dan juga di akhirat sana ,
insyaAllah :')
Wednesday, 2 April 2014
HE WAS MEANT TO BE
When i was a little girl, i always dream that one day my soul mate are handsome like a prince charming, romantic like my father and rich like a king.
Then when i was a teenagers one day i dream my soul mate are handsome and romantic like a heroes in a romantic novel book. Rich and a humble man.
Imagine... a soul mate like any heroes in a romantic novel book.. wow... something that surely a possible thing to get... ^_^
But Allah already made my soul mate who i have married now.
He is not a prince charming or a heroes in any romantic novel... but he is what he is. He is handsome to my eyes and to my children eyes.
He is not a romantic person, but he always be there when i feel sorrow..
He is not a rich guy like a king but he is a king in my heart.
Thursday, 20 March 2014
HARI-HARI KU TEMPUHI
Semalam adalah hari jadiku... namun aku bersyukur walau tiada sebarang hadiah yang ku terima dari sesiapa namun aku redha dengan ucapan dari teman-teman. Semalam aku teringin untuk makan kek, akhirnya aku tetap pergi ke kedai kek dan membelinya sendiri. Aku tertawa sendiri bila mana sales person tu tanya nak tulis apa kak? Akhirnya aku hanya minta dia tulis " Selamat Hari Jadi dan letak namaku disitu" namun di saat aku tertawa atas perbuatan ku anakku yang kedua menangis kesedihan kerana ibunya membelikan kek nya sendiri dan menulis nama sendiri diatas kek itu. Dia siap pujuk hati aku dengan mengatakan akan sambut hari jadi ku yang kedua bersama hari jadi ayahnya. Aku hanya mampu mengganguk dan tersenyum namun hati ku menangis tak siapa yang tahu.
Pagi ini aku amat kecewa dengan sikap suami ku... mananya tidak... bila aku menolak untuk bersamanya dia menuduh aku ada jantan lain. Haihhh... kenapa la jauh sgt fikiran nya itu.. aku cuba memujuk namun dia hanya mengomel dengan ayat2 yang amat menyakitkan hati. Tapi berkat kerana semalam adalah hari jadiku dan aku ingin membuat perubahan terhadap diriku aku hanya mampu pujuk dia dan aku banyakkan senyap sahaja dengan kata2 nya itu.
Malas nak perbesarkan isu ini kerana lagi aku bertegang leher dengannya aku yang makan hati. Buat senyap paling mudah.
Setiap perubahan yang aku lakukan ada sahaja yang dia akan pertikaikan... aduhhh... penat tau. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu. Aku tak sanggup nak bergaduh atau bertegang urat pada hal yang remeh begini. Jika tiada sefahaman aku tak tahu nak kata apa lagi.
Aku tahu dia kecewa kerana tidak dapat nak bahagiakan aku kerana dia semakin lama semakin kekurangan kewangan. Ada kala aku rasa rimas juga perihal kewangan namun aku tahu Allah itu maha mengasihani dan aku tahu suatu hari nanti Allah akan berikan kembali rezeki yang dia tahan buat suami serta aku suatu hari nanti.
Aku juga tahu suami aku merasakan dia seperti aku meminggirkan dirinya. Tidak... aku amat menyayanginya namun kadangkala sikap serta pertuduhannya terhadap aku kadangkala membuat aku marah dan sakit hati kerana pekara yang aku tidak lakukan. Kadang2 kerana sebab inilah aku jauhkan sedikit diriku kerana ingin mengubati hati yang luka. Tapi perubahan ini dia makin galak menuduh aku kerana telah berubah. Sedih... tapi aku masih berdiam dan aku harap Allah akan tolong aku.
Entahla... kadang kala aku rasakan sepatutnya aku berhenti sahaja bekerja namun aku takut hidup kami akan bertambah kesempitan dan aku tak mahu kami tertekan lagi.
Kadang kala kesudahan kisah kami ini hanya berputar dan berputar tana perhentian. Aku hanya ingin kan ending yang bahagia.. namun itu hanya dari cerita dongeng...
Wednesday, 19 March 2014
ULANGTAHUN KU
Hari ini adalah hari jadiku... dari semalam aku asyik tertanya2 apakah yang aku akan perolehi hari ini dari yang tersayang.. namun aku tahu seperti sebelum2 ini hanya ucapan dari yang tersayang kerana aku tahu kemampuan mu. Aku redha...
Pagi ini aku mendapat ucapan yang mengguris hati dari seorang ayah... walau pada awalan adalah Selamat Hari jadi namun pertengahan telah membuatkan aku bersulam airmata dengan ucapannya.
Aku tak mengharapkan ucapan yang bermadah dari seorang ayah namun ingatan mu itu aku terima dan bersyukur. Namun kata2 yang mengguris hati amat perit aku terima.
Mungkin itu telah di tentukan oleh Nya padaku.
Aku berterima kasih juga pada ibu ku kerana telah mengutuskan mesej padau dengan ucapan nya yang indah itu. Pada anakku yang kedua juga aku juga amat menyanyangi kalian...
Pada sahabat2 di alam maya juga aku amat berterima kasih.
Hati ini sayu seketika namun aku harus tempuhinya.
Tuesday, 18 March 2014
PERASAAN
Perasaan...
kita seringkali dipermainkan dengan perasaan... namun aku sentiasa kasihan melihat perasaan anak dara ku yang kedua yang sentiasa bermain dengan perasaan terhadap kedua nenek serta atuknya iaitu ayah dan ibu ku sendiri.
Dari kecil, kehadirannya tidak disenangi oleh ayah serta ibu ku. Waktu itu aku dimarahi kerana mengandung anak kedua semata2 anak sulungku baru berusia 2 tahun lebih. Untuk mereka anak ku yang sulung tidak puas mengecapi kasih sayang dari kami. Namun itu semua adalah ketentuan Illahi..
Sewaktu aku bersalin kan anak kedua ku ini, mereka tidak kisah kan sangat kehadirannya. Aku sedih melihat pekara ini namun aku pendamkan.
Bila anakku menjangkau 3 tahun, aku nampak kesedihan yang anak ku alami namun aku tidak memihak pada mana2 pihak takut akan menjadikan pekara ini lebih besar. Anak sulung ku ditatang bagai minyak yang penuh sedangkan yang kedua hanya dapat melihat sahaja.
Tiap kali dia datang ke rumah orang tua ku, mereka akan berbunyi seolah2 mereka tidak suka kehadiran beliau. Beberapa kali dia menangis padaku namun aku memujuk agar dia jangan berfikir bukan2.
Namun semalam setelah 16 tahun berlalu anakku yang berusia 16tahun ini sendiri telah meluahkan sekali lagi sikap ayah dan ibuku itu. Perasaan aku amat terguris sekali namun aku tidak tunjuk pada anakku kerana aku tidak mahu di bertambah kecewa. Nenek dan atuknya seperti menghalau dia dari rumah hanya kerana aku lambat menjemput dia di rumah mereka.
Kenapa? apa salah anakku terhadap mereka? Dari kecil mereka buat begini namun aku bersabar. Tapi sehingga umurnya mencecah 16 tahun yang mana mengerti setiap apa yang mereka lakukan dan alasan apa lagi perlu aku katakan pada anakku?
Kita seharus nya menghormati perasaan anatara satu sama lain.. Jika perasan anak ini tidak dijaga bagaimana dia hendak menjaga perasaan orang tua kelak?
Aku kecewa amat sangat... ibu dan ayah ku buat begitu sekali... anak sulungku mak dan abah sanggup berebut kedudukan aku...namun kenapa anakku yang kedua mak dan abah endahkan?
Tiap kali aku kenangkan aku sedih teramat sangat atas segala perbuatan mereka ini dari anakku masih kecil hingga kini. Apa sahaja dia minta tak pernah nak diambil peduli namun anak sulungku mak abah sanggup berhabis. Aku bersyukur kerana ambil berat tentang anak sulungku namun yang lain??
Pernah dulu mak dan abah katakan padaku sewaktu itu aku berusia belasan tahun kenapa mak abah lebihkan kakak mahupun adikku.. alasan yang berikan pada aku pada waktu itu ku simpan didalam hati... Kakak anak sulung dan ada adik bawah dia jadi kakak ni perlu ambik perhatian yang lebih sebab kasihan dah dapat adik pada waktu masih kecil... dan adik pula sebab dia kan adik dan sudah tentu perlukan kasih sayang selebihnya dari mereka. Aku bertanya lagi...habis aku?? Kau x apa... kau boleh berdikari...lagi plak kau ada kakak dan adik... aku menangis semahu2nya waktu itu... namun tak kan kerana anak kedua ku ada kakak serta adik mak dan abah masih buat begini??
Bila aku melihat anak kedua ku sama seperti aku semasa kecil diperlakukan oleh mak dan abah...namun aku bole bersabar kerana aku sentiasa beranggapan aku masih disayangi dan masih anak mak dan abah. Bila mana mak dan abah buat begini pada anak kedua ku aku kecewa dan sedih teramat sangat.
Mak, abah,... tolonglah... sekarang aku sudah dewasa dan aku sudah mendapat kasih sayang dari suamiku namun jagalah perasaan anakku ini. Dia juga perlukan kasih sayang mu itu. Dia juga perlukan perhatian kalina padanya. Dulu aku ingin merayu begini darimu namun aku tidak dapat bersuara kerana aku takut mengguris hati mu.. biarlah hati aku terguris.. namun anakku...
Percayalah..aku masih beralasan demi alasan untuk sentiasa bersikap postif terhadap keda orang tuaku... namun jika aku tiada...siapa lagi akan memberi alasan pada anakku yang sentiasa perlukan kalian dalam hidup nya...
Friday, 14 March 2014
KERINDUAN YANG HADIR
Lama juga aku tidak berada disini..
Kerinduan untuk aku meluahkan perasaan aku sentiasa mencengkam...namun atas dasar tanggungjawab terhadap kerja yang ada sekarang telah membataskan aku berada di blog ini.
Pelbagai pekara berlaku... dari perihal kecatuan air, jerebu serta kehilangan MH370.
Setiap detik mahu sahaj aku luahkan disini, namun segalanya adalah ketentua illahi.
Alhamdullillah, setelah aku melalui episod kedukaan tahun lalu, Allah menyayangi aku dengan memberi aku peluang untuk aku bersama syarikat baru yang aku kerja sekarang. Walau jawatan yang aku sandang ini nampak tinggi namun alhamdullillah gaji yang diberikan x setimpal dengan jawatan namun aku bersyukur kerana dengan nya aku dapat selesaikan kemelut kewangan yang melanda.
Setiap apa yang kita harungi ini ada pro and con nya..
Biasa lah, bila aku mula bertugas disini, suami ku yang sememangnya seorang yang cemburu telah datang balik penyakit cemburunya itu...
Perit dan sakit hati bila dia bersikap sedemikian..namun aku adalah seorang isteri, ibu dan anak... jadi hanya aku yang dapat mengawal situasi ini.
Insyaallah, aku akan menjaga nama suami ku serta maruah aku sebagai seorang isteri.
Moga Allah memberkati perjalanan ku ini.. Amiinn.... insyaallah
Kerinduan untuk aku meluahkan perasaan aku sentiasa mencengkam...namun atas dasar tanggungjawab terhadap kerja yang ada sekarang telah membataskan aku berada di blog ini.
Pelbagai pekara berlaku... dari perihal kecatuan air, jerebu serta kehilangan MH370.
Setiap detik mahu sahaj aku luahkan disini, namun segalanya adalah ketentua illahi.
Alhamdullillah, setelah aku melalui episod kedukaan tahun lalu, Allah menyayangi aku dengan memberi aku peluang untuk aku bersama syarikat baru yang aku kerja sekarang. Walau jawatan yang aku sandang ini nampak tinggi namun alhamdullillah gaji yang diberikan x setimpal dengan jawatan namun aku bersyukur kerana dengan nya aku dapat selesaikan kemelut kewangan yang melanda.
Setiap apa yang kita harungi ini ada pro and con nya..
Biasa lah, bila aku mula bertugas disini, suami ku yang sememangnya seorang yang cemburu telah datang balik penyakit cemburunya itu...
Perit dan sakit hati bila dia bersikap sedemikian..namun aku adalah seorang isteri, ibu dan anak... jadi hanya aku yang dapat mengawal situasi ini.
Insyaallah, aku akan menjaga nama suami ku serta maruah aku sebagai seorang isteri.
Moga Allah memberkati perjalanan ku ini.. Amiinn.... insyaallah
Berdoa Utk MH370
Setelah seminggu kehilangan MH370, pelbagai spekulasi tentang hal ini dibicarakan..berbagai pendapat yang diperkatakan..
Namun, bagi aku.. kita hanya perlu berdoa dan berdoa moga segalanya akan berakhir dengan selamat. Moga kita dipertemukan dengan MH370. Kita mengharapkan miracle...namun jika ketentuan Nya kita harus redha.
Seminggu bukan masa yang sekejap.. jika dikira ianya selama 7 hari... atau 168 jam atau 420 minit. Setiap seminit masa berlalu ianya satu pekara yang amat sulit buat kita insan yang bernama manusia untuk ditempuhi.
Pelbagai pekara boleh berlaku...
Bagi sahabat atau insan diluar sana... jangan lah kita membuat andaian yang bermacam-macam rupa.. doa kita seharusnya berpanjangan agar kita tahu keadaan MH370 bagaimana. Biar bagaimana rupa sekali pon yang kita terima asalkan kita berharap MH370 akan kita tahu berita nya.
Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu sejauh mana perancanganya itu.
Apa pon ikhtiar yang telah dilakukan oleh kerajaan atau pihak berkuasa, kita sebagai insan yang punya perasaan, hanya perlu berdoa agar MH370 dipertemukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)