Namun, bagi aku.. kita hanya perlu berdoa dan berdoa moga segalanya akan berakhir dengan selamat. Moga kita dipertemukan dengan MH370. Kita mengharapkan miracle...namun jika ketentuan Nya kita harus redha.
Seminggu bukan masa yang sekejap.. jika dikira ianya selama 7 hari... atau 168 jam atau 420 minit. Setiap seminit masa berlalu ianya satu pekara yang amat sulit buat kita insan yang bernama manusia untuk ditempuhi.
Pelbagai pekara boleh berlaku...
Bagi sahabat atau insan diluar sana... jangan lah kita membuat andaian yang bermacam-macam rupa.. doa kita seharusnya berpanjangan agar kita tahu keadaan MH370 bagaimana. Biar bagaimana rupa sekali pon yang kita terima asalkan kita berharap MH370 akan kita tahu berita nya.
Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu sejauh mana perancanganya itu.
Apa pon ikhtiar yang telah dilakukan oleh kerajaan atau pihak berkuasa, kita sebagai insan yang punya perasaan, hanya perlu berdoa agar MH370 dipertemukan.
No comments:
Post a Comment