Wednesday, 19 March 2014

ULANGTAHUN KU

Hari ini adalah hari jadiku... dari semalam aku asyik tertanya2 apakah yang aku akan perolehi hari ini dari yang tersayang.. namun aku tahu seperti sebelum2 ini hanya ucapan dari yang tersayang kerana aku tahu kemampuan mu. Aku redha...

Pagi ini aku mendapat ucapan yang mengguris hati dari seorang ayah... walau pada awalan adalah Selamat Hari jadi namun pertengahan telah membuatkan aku bersulam airmata dengan ucapannya. 

Aku tak mengharapkan ucapan yang bermadah dari seorang ayah namun ingatan mu itu aku terima dan bersyukur. Namun kata2 yang mengguris hati amat perit aku terima.

Mungkin itu telah di tentukan oleh Nya padaku.

Aku berterima kasih juga pada ibu ku kerana telah mengutuskan mesej padau dengan ucapan nya yang indah itu. Pada anakku yang kedua juga aku juga amat menyanyangi kalian...

Pada sahabat2 di alam maya juga aku amat berterima kasih.

Hati ini sayu seketika namun aku harus tempuhinya.

No comments:

Post a Comment