Perasaan...
kita seringkali dipermainkan dengan perasaan... namun aku sentiasa kasihan melihat perasaan anak dara ku yang kedua yang sentiasa bermain dengan perasaan terhadap kedua nenek serta atuknya iaitu ayah dan ibu ku sendiri.
Dari kecil, kehadirannya tidak disenangi oleh ayah serta ibu ku. Waktu itu aku dimarahi kerana mengandung anak kedua semata2 anak sulungku baru berusia 2 tahun lebih. Untuk mereka anak ku yang sulung tidak puas mengecapi kasih sayang dari kami. Namun itu semua adalah ketentuan Illahi..
Sewaktu aku bersalin kan anak kedua ku ini, mereka tidak kisah kan sangat kehadirannya. Aku sedih melihat pekara ini namun aku pendamkan.
Bila anakku menjangkau 3 tahun, aku nampak kesedihan yang anak ku alami namun aku tidak memihak pada mana2 pihak takut akan menjadikan pekara ini lebih besar. Anak sulung ku ditatang bagai minyak yang penuh sedangkan yang kedua hanya dapat melihat sahaja.
Tiap kali dia datang ke rumah orang tua ku, mereka akan berbunyi seolah2 mereka tidak suka kehadiran beliau. Beberapa kali dia menangis padaku namun aku memujuk agar dia jangan berfikir bukan2.
Namun semalam setelah 16 tahun berlalu anakku yang berusia 16tahun ini sendiri telah meluahkan sekali lagi sikap ayah dan ibuku itu. Perasaan aku amat terguris sekali namun aku tidak tunjuk pada anakku kerana aku tidak mahu di bertambah kecewa. Nenek dan atuknya seperti menghalau dia dari rumah hanya kerana aku lambat menjemput dia di rumah mereka.
Kenapa? apa salah anakku terhadap mereka? Dari kecil mereka buat begini namun aku bersabar. Tapi sehingga umurnya mencecah 16 tahun yang mana mengerti setiap apa yang mereka lakukan dan alasan apa lagi perlu aku katakan pada anakku?
Kita seharus nya menghormati perasaan anatara satu sama lain.. Jika perasan anak ini tidak dijaga bagaimana dia hendak menjaga perasaan orang tua kelak?
Aku kecewa amat sangat... ibu dan ayah ku buat begitu sekali... anak sulungku mak dan abah sanggup berebut kedudukan aku...namun kenapa anakku yang kedua mak dan abah endahkan?
Tiap kali aku kenangkan aku sedih teramat sangat atas segala perbuatan mereka ini dari anakku masih kecil hingga kini. Apa sahaja dia minta tak pernah nak diambil peduli namun anak sulungku mak abah sanggup berhabis. Aku bersyukur kerana ambil berat tentang anak sulungku namun yang lain??
Pernah dulu mak dan abah katakan padaku sewaktu itu aku berusia belasan tahun kenapa mak abah lebihkan kakak mahupun adikku.. alasan yang berikan pada aku pada waktu itu ku simpan didalam hati... Kakak anak sulung dan ada adik bawah dia jadi kakak ni perlu ambik perhatian yang lebih sebab kasihan dah dapat adik pada waktu masih kecil... dan adik pula sebab dia kan adik dan sudah tentu perlukan kasih sayang selebihnya dari mereka. Aku bertanya lagi...habis aku?? Kau x apa... kau boleh berdikari...lagi plak kau ada kakak dan adik... aku menangis semahu2nya waktu itu... namun tak kan kerana anak kedua ku ada kakak serta adik mak dan abah masih buat begini??
Bila aku melihat anak kedua ku sama seperti aku semasa kecil diperlakukan oleh mak dan abah...namun aku bole bersabar kerana aku sentiasa beranggapan aku masih disayangi dan masih anak mak dan abah. Bila mana mak dan abah buat begini pada anak kedua ku aku kecewa dan sedih teramat sangat.
Mak, abah,... tolonglah... sekarang aku sudah dewasa dan aku sudah mendapat kasih sayang dari suamiku namun jagalah perasaan anakku ini. Dia juga perlukan kasih sayang mu itu. Dia juga perlukan perhatian kalina padanya. Dulu aku ingin merayu begini darimu namun aku tidak dapat bersuara kerana aku takut mengguris hati mu.. biarlah hati aku terguris.. namun anakku...
Percayalah..aku masih beralasan demi alasan untuk sentiasa bersikap postif terhadap keda orang tuaku... namun jika aku tiada...siapa lagi akan memberi alasan pada anakku yang sentiasa perlukan kalian dalam hidup nya...
No comments:
Post a Comment