Tajuk : Kasih Tercipta
Tarikh : 27 Oktober 2013
Karya : Shasha Amin
“ Angah, bangun..ni si Jun call
ni” teriak Puan Ros dari bawah.
“ hurmmm….arghhh… Ya Mama..”
sahut Ariana manja dari tempat tidurnya sambil menggeliat.
“ Eh.. knapa pulak budak Jun ni
tak call aku kat hp aku ni ya?” sambil tangan nya mencapai hp yang terletak di
meja kecil di tepi katil.
“ Alamak, ada 10 miss call..
habis la kena bebel ngan dia ni” sambil turun dari katil dan berlari mencapai
telefon di ruang tamu.. Puan Ros hanya memerhati dengan senyum sinis melihat
gelagat anak daranya itu.
“ Hello..” perlahan sahaja suara
Ariana berkata kerana dia tahu pasti akan di marahi oleh sahabat baiknya.
“ Hah perempuan..kau baru bangun
ya? Aku call tak berangkat? Kata nak pergi fitting baju? Pukul berapa dah ni”
kedengaran June membebel tak berhenti..
“ Hehehe…aku tertidur la beb..
malam tadi aku kena siapkan kerja sebelum aku cuti panjang ni.” Jawab Ariana
ringkas.
“ Aku tak kisah..bukan aku yang
nak kahwin.. kau tu.. dah cepat pergi mandi..aku datang jemput kau dalam
setengah jam.” Kedengaran si June masih membebel namun dengan nada perlahan.
“ Ok..tunggu ya..tapi bagi la aku
1 jam..setengah jam tak dan aku nak bersolek” balas Ariana.
“ Ok..ok..1 jam eh…dah siap
cepat” June menegur sahabatnya yang bakal berumahtangga tidak lama lagi.
Ariana tersenyum sambil meletak
ganggangan telefon dan terus mendapatkan ibu nya yang sedang sibuk membaca buku
majalahnya itu.
“ Mama, Angah keluar dengan June
ya..Angah nak pergi fitting baju dengan dia” sambil tangan gadis itu memeluk
erat dari belakang ibunya itu.
“ Hurmm…ok sayang.. tapi jangan
balik lewat sangat. Darah manis ni tak elok keluar sampai lewat malam.” Tegur
Puan Ros.
“ Ya mama.. Angah jumpa June
je…angah pergi fitting baju lps tu nak cari benda sikit untuk hantaran.”
“ Benda apa lagi Ngah.. kan semua
dah diuruskan oleh Datin.” Puan Ros memandang penuh tanda Tanya pada Ariana
yang sambil membelek majalah yag diambil ditangan nya tadi.
“ Hurmm…. Malam tadi Is minta
Angah belikan kasut Angah utk hantaran sebab dia tak sempat nak beli.. Jadi
ingat nak pergi cari la sekali.. “ senyum Ariana pada ibunya itu.
“ Kenapa Is tak pergi dengan
Angah sahaja? Kenapa dia suruh angah pergi beli sendiri?” keluh Puan Ros.
“ Angah minta izin pada dia nak
keluar fitting baju dengan Jun hari ni, tu yang dia minta pergi beli sekali.
Katanya kalau dia sempat dia akan follow kemudian” Jawab Ariana. Dia tahu ibu
nya tidak suka cara Iskandar yang sekadar lepas tangan semua hal.
Ariana bangun dan terus menuju ke
biliknya untuk bersiap sambil menyanyi-nyanyi kecil.. Dia berharap ibunya tidak
akan Tanya lebih panjang lebar perihal Iskandar tunang dan bakal menjadi
suaminya itu.
Puan Ros hanya melihat telatah
anak daranya yang bakal berumahtangga itu.. Kadang-kadang dia merasa marah
dengan perilaku bakal menantunya yang hanya lepas tangan dengan setiap pekara.
Hanya meminta Ariana sahaja yang lakukan sendiri. Mujur besannya, Datin
Sharifah yang baik dan amat menyanyangi Ariana, sentiasa menyokong Ariana dalam
semua hal. Hingga kan majlis perkahwinan Iskandar dan Ariana pun Datin Sharifah
yang akan sponsor semuanya. Segan juga namun bila di rayu oleh Datin yang juga
sahabatnya dari kecil, Puan Ros terpaksa mengalah.
Iskandar dan Ariana telah
mengenali antara satu sama lain dari kecil kerana persahabatan yang terjalin
antara kedua keluarga. Atas pilihan Datin untuk meyambung tali persahabatan
ini, dia yang memutuskan agar Iskandar dan Ariana disatukan.
Iskandar seorang usahawan muda
yang sentiasa komited dengan tugas beliau. Namun, sikap nya yang bersahaja
kadang kala merisaukan Datin pada anak terunanya itu. Iskandar juga seorang
yang kuat bersosial namun sejak mengikat
tali pertunangan antara dirinya dan Ariana dia menghadkan aktivitinya itu.
Datin yang mempunyai 4 orang
cahaya mata adalah seorang ibu yang penyayang. Iskandar adalah anak lelaki yang
sulung dan Fitri yang jarak usia 2 tahun dari Iskandar juga adalah salah
seorang pengurus syarikat suaminya Dato’ Kamaruddin. Fahmy dan Lily keduanya
masih bersekolah di asrama penuh.
Puan Ros pula mempunyai 3 orang
anak perempuan. Arniza yang telah berumahtangga dengan jejaka pilihannya 4
tahun lalu, Ariana dan Ariani yang masih belajar di university tempatan.
“ Hai mama, tersenyum sendirian
Nampak..teringat siapa tu” gurau Ariana yang baru sahaja turun dari biliknya.
Puan Ros melihat Ariana yang
menuruni anak tangga perlahan-lahan sambil tersenyum.
“ Tak da apa la” pintas Puan Ros.
“ Angah tak sarapan dulu ker? “
Tanya Puan Ros pada anaknya yang sedang menjenguk-jenguk diluar jendela.
“ Tak pa mama, Angah makan ngan
Jun je. Ingat nak lawat Wani sekali la mama. Jun ada bgtau ari tu Wani tak
sihat beberapa hari lepas. Alang-alang nak keluar singgah sekali nak lawat
Wani”
Puan Ros berkerut dahinya , “
Sakit apa ngah?”
“ Entah la mama, kata Jun dia tak
lalu makan. Asyik melepek sahaja dirumah. Kesian pulak angah dengar.” Keluh
Ariana.
Pon..pon…kedengaran hon kereta
Jun diluar. Ariana bergegas mencapai tangan ibunya sambil mencium tangan dan
pipi ibunya itu. Ariana hanya melihat ibunya dengan hati yang senang. Ternyata
ibunya masih jelita walau menjangkau usia 50an.
“ Kirim salam Mama pada Wani
ya..” Puan Ros memesan pada Ariana.
“ Insyaallah mama..bye” Ariana
melambai tangan pada ibunya itu.
“ Kita nak pergi mana dulu Ar? “
Tanya Jun yang sedang memandu menyusuri jalan MRR2 itu.
“ Kita pergi singgah jenguk Wani
dulu nak? Kalau dia sihat kita boleh ajak dia keluar sekali.” Ariana berkata
sambil membelek-belek wajahnya di cermin dihadapannya itu.
“ Ok..aku pon dah lama tak jumpa dia. Hari tu je aku call
dia, dan katanya dia tengah kat klinik nak check up. Selepas itu aku call dia
tak berapa larat nak layan” getus Jun.
Sambil mendengar radio yang
berkumandang didalam kereta Ariana tertanya-tanya sendiri, apakah penyakit
sahabatnya itu. Ariana yang telah bersahabat dengan Wani dan Jun selama 15
tahun hanya termenung memikirkan sahabatnya itu.
Kereta memnyusuri jalan hingga
sampai kedestinasi nya di Damansara.
Mereka memberhentikan kereta di
sebuah condominium di Damansara. Mereka keluar dan menuju ke lif dan menekan ke
tingkat 8. Mereka menekan loceng dan seorang gadis yang putih melepak, berambut
panjang dengan wajahnya yang tidak bermaya membuka pintu itu. Gadis itu
terperanjat dan tersenyum sambil membuka grill pintu yang berkunci.
“ Kenapa dengan kau ni Wani?”
Tanya Jun pada sahabatnya itu.
Wani hanya senyum namun kelihatan
wajahnya amat tidak bermaya.
“ Tak da apalah. Doktor kata aku
kerancunan makanan. Tu yang aku muntah-muntah dan muka aku sakit ni” jawab Wani
seperti menyembunyikan sesuatu.
“ Kerancunan?? Serius ker?” Tanya
Ariana dengan penuh simpati.
“ Tak lah. Aku ok. Cuma penat
sahaja” Jawan Wani lagi.
“ kau larat tak ni? Aku nak ajak
kau temankan aku pergi fitting baju pengantin ni. Sambil tu boleh kita
lepak-lepak macam dulu.” Ariana mengajak sambil memandag terus ke muka Wani.
“ Tak larat la. Aku penat ni.
Lain kali la kita lepak sama-sama ya” Wani menolak dengan harapan sahabatnya
itu memahami.
“ Ok la, kami datang nak tengok
kau je dan nak ajak kau keluar sekali. Tapi dah kau tak sihat kami faham. Kami
pun tak boleh nak lama sebab Datin tunggu kat kedai fitting tu jam 10pagi ni.
Kang marah pulak mak mertua kawan kita ni bila kita lambat.” Seloroh Jun sambil
melihat jam tangan yang menunjukkan jam pukul 9.15 pagi.
“ Oh ok..nanti kirim salam pada
Datin ya.. lama aku tak jumpa dengan
dia.” Kata Wani pada sahabatnya.
Wani dan Jun memang rapat dengan
Datin Sarifah dan Puan Ros kerana persahabatan antara mereka terjalin sekian
lama.
“ Insyaallah..mama pun kirim
salam pada kau” jawab Ariana pada Wani.
“ Waalaikumsalam.. ingat mama
pada Wani eh…hihihi” wani terketawa.
Kelihatan disebuah kedai seorang
perempuan sedang berbual-bual dengan seorang staff disebuah kedai. Ariana dan
Jun sampai dengan senyuman dimuka. Wanita itu memandang pada arah kedua gadis
yang baru sahaja melangkah masuk kedalam kedai berkenaan.
“ Mummy baru sampai ke? “ Ariana
bertanya pada wanita dihadapannya sambil bersalaman dan mencium tangan wanita
itu.
“ Maaf Datin, Jun lambat bawak Ar
kesini. Kami singgah melawat Wani tadi” balas Jun yang juga bersalam pada
wanita itu.
“ Eh..tak la Ar. Mummy baru
sampai. Mummy borak-borak dengan Miss Lee ni pasal baju Ar. Wani kenapa Jun?”
Tanya Datin Sarifah penuh tanda Tanya.
“ Tak ada apa Datin. Dia
kerancunan makanan sahaja. Dia kirim salam pada Datin” jawan Jun.
“ Oh.. walaikumsalam. Ar.. baju
Ar ada kat sana. Pergi cuba. Nanti kita tengok mana nak ke orter.” Sambil
menunjukkan kearah bilik berdekatan pada Ariana.
“ Ok Mummy.. Ar pergi dulu jap
ya.” Sambil Ariana menuju ke bilik itu.
Satu persatu baju diperagakan
akhirnya segalanya selesai. Datin Sarifah berpuashati, begitu juga Ariana dan
Jun.
“ Jun, nnti masa majlis sanding
tu, saya dah siapkan baju untuk kamu dan Wani juga. Nanti ajak Wani pergi cuba
ya. Saiz kamu dengan Ar ni sama aje jadi tak susah nak tempah. Nanti kamu bawak
Wani pergi cuba di Butik adik Datin ya.”
“ Ya Datin. Terima Kasih Datin”
Jun tersenyum keseronokan bila mendengar kata Datin Sarifah.
“ Ar, lepas ni kamu nak kemana?”
Tanya Datin pada bakal menantunya itu.
“Ar nak cari kasut untuk hantaran
dan lepas itu nak pergi minum dengan Jun. Mummy nak ikut sekali?” Ariana
bertanya pada bakal mertuanya.
“ Cari kasut? Kasut siapa? “
datin bertanya lagi.
“ kasut Ar.. Abg Is minta Ar
carikan sebab kebetulan Ar nak keluar hari ini. “ jawab Ariana perlahan-lahan.
“ Iskandar ni..kita suruh dia,
dia suruh pulak tunang dia yang pergi. Ish… “ Datin membebel keluh sendiri.
“ Boleh la Ar. Mummy ikut sekali.
Sepatutnya Is pergi dengan Ar ni. Ni dia plak yang tak ada. Biar Mummy gantikan
Is ya.” Datin memujuk Ariana yang senyum memandangnya.
“ Eh..tak pa Mummy. Kalau Mummy
ada hal, Ar tak kisah. Ar boleh cari sendiri sahaja.” Ariana menyembunyikan
perasaan malunya itu.
“ Tak pa, Mummy pun nak cari
barang lain gak. Boleh la kita keluar sekali” jawab Datin.
Kedengaran telefon bimbit Datin
berbunyi.
“ Hello Fit.. ya, Mummy kat Kedai
Miss Lee ni lagi. After this Mummy nak keluar dengan kak Ar dan kak Jun ni. Nak
cari barang. Mummy tumpang kereta Kak Jun sahaja. Apa sayang.. boleh.. rasanya
Mummy ke KLCC je kot if they doesn’t mine going there” Datin bercakap di
telefon sambil memandang pada Jun Dan Ariana.
Jun dan Ariana tersenyum dan
mengangguk.
“ Ok then, we’ll see you there.”
Jawab Datin pada panggilan ditelefonnya.
“ Fitri nak follow kita sekali.
Mummy datang dengan dia tadi. Tapi dia ada hal, then just drop Mummy kat sini.”
Jun tersenggih suka kerana Jun
sebenarnya ada hati pada Fitri yang sememangnya setahun muda dengan dia dan
Ariana. Panggilan kakak hanya kerana Ariana akan berkahwin dengan abang Fitri,
Iskandar.
Fitri seorang jejaka hensem yang
menjadi kegilaan ramai wanita. Iskandar dan Fitri saling tak tumpah. Namun
karakter mereka berbeza. Iskandar seorang yang ambil mudah dalam semua pekara
dan seorang yang bersosial di masa lapangnya dan Fitri seorang yang pendiam
namun bertanggungjawab dalam segala hal. Datin amat berharap perkahwinan antara
Iskandar dan Ariana ini akan mengekalkan persahabatannya diantara Puan Ros dan
dia. Datin juga berharap Ariana dapat merubahkan karakter Iskandar itu.
Kelihatan seorang jejaka yang
berkemeja biru yang mengikut badan dan berseluar jeans hitam berjalan kearah 3
orang wanita yang asyik berborak di salah sebuah Restoran terkenal di KLCC.
“ Assalamualaikum” tegur jejaka
itu.
Mereka bertiga tersentak dan
menyahut salam itu. “ Waalaikumsalam”
“ Maaf sebab Fit terperanjat
semua” Fitri tersenyum sambil menjeling manja pada mummy. Kelihatan lesung
pipitnya yang dalam dalam senyuman diberikan itu.
Jun yang terperanjat sempat
senyum dan tertnduk malu.
“ Apa khabar kak Ar? How’s your
preparation? Kak Jun makin cantik la..” Fitri bertanya sambil menarik kerusi di
sebelah Datin Sarifah.
“ Thank’s to mummy, semua nya ok,
Alhamdullillah” Ariana menjawab sambil memandang senyum pada Datin. Senyuman
Ariana yang manis itu amat menyejukkan hati Datin.
“ Eh…x da la.. Kak Jun same old,
same old” pintas Jun malu. Terlihat wajahnya yang cerah itu menjadi merah
kerana menahan malu dipuji.
“ Eh..mana ada old nya, muda lagi
tu” kedengaran gelak mereka berempat di meja itu.
“ Mummy dah dapat ke barang yang
dicari” Fitri memandang ibunya itu.
“ Hurmm…belum sayang. Kita pergi
cari kasut Kak Ar dulu la. Abg Is tu suruh Kak Ar cari sendiri. Kita temankan
dia dulu ya. Lepas tu kita cari barang Mummy” Datin menjawab.
Selepas mereka selesai minum
direstoran mereka pun bergerak berjalan-jalan di kawan membeli belah KLCC.
Ariana tahu apa yang dicari.
Lantas dia hanya masuk ke sebuah kedai dan memilih kasut yang sesuai. Dia tidak
mahu berjalan jauh sangat kerana kasihan pada Datin kepenatan.
Ketika sedang Ariana mencuba
kasut yang dipilih, Fitri menunjukkan kasut tinggi yang putih yang mempunyai
reben dibelakang kasut berkenaan.
“ Kak Ar, kasut tu cantik. Kalau
kak Ar pakai bertambah cantik kasut tu. “ kata Fitri sambil mengambil kasut itu
dan meminta penjual wanita itu mencari saiz Ariana.
Ariana tersenyum sambil berkata”
Ya Ker?, Ok la..kalau adik akak yang pilih mesti sama citarasa dengan abang dia
kan”
“ Memang banyak citarasa sama
pun” seloroh Fitri pada Ariana.
Datin yang dari tadi hanya
melihat kemesraan antara bakal kakak ipar dan adik ipar itu tersenyum gembira
disebelah Jun yang memerhati dengan perasaan cemburu tapi gembira melihat
sahabatnya tersenyum.
Setelah puas mencuba dan berpuas hati dengan pilihan bakal adik
iparnya, Ariana terus ke meja pembayaran, namun Fitri terlebih dahulu telah
mengeluarkan kad nya utk dibayar pada juruwang. Ariana terperanjat namun atas
desakkan Datin dan Fitri dia mengalah dan membiarkan sahaja Fitri membayar
kasut putih nya itu.
Setelah puas mencari dan membeli
segala barang Datin dan juga Ariana, akhirnya mereka meminta diri untuk pulang.
“ Mummy, Ar minta izin nak baik
dulu ya. Mama minta Ar pulang awal hari ni.” Pinta Ariana pada Datin.
“ Ok Ar.. nanti Mummy minta Fitri
temankan Ar dan Jun ke kereta. Tak elok perempuan jalan ke tempat parking
berdua. Apa-apa hal kang susah.” Jawab Datin lagi.
“ Eh..tak payah la Mummy. Kami
kan berdua. It’s ok” Ariana menolak pelawaan itu.
“ Eh..ok la tu Datin. Kami pun
takut jalan berdua kat Parking tu. Risau gak” Jun tiba-tiba mencelah.
Datin tersenyum lantas memanggil
Fitri yang berada tidak jauh dari mereka.
“ Fit..tolong temankan Kak Ariana
dan Kak Jun ke kereta. Mummy tunggu kat kedai jam tu sebab Mummy nak belikan
jam untuk Daddy. Jam Daddy dah lama sangat la sayang” Datin mmandang pada
Fitri.
“ Ok Mummy..tapi mummy jangan
pergi mana-mana ya.. kang susah pula Fit nak cari Mummy Fit yang Cnatik ni”
Fitri sempat bergurau dengan Datin Sarifah.
Sewaktu dalam perjalanan ke
tempat parking Jun hanya berjalan bersebelahan dengan Fitri. Ariana yang
memerhati hanya senyum melihat gelagat sahabat baiknya itu.
“Fit, how’s Liana doing?”
tiba-tiba Ariana bersuara.
Jun yang jalan beriringan dengan
Fitri terus memandang kea rah Ariana. “Aduh..kacau la perempuan ni dengan
soalan tu” getus hati Jun.
“ She’s ok maybe… Well kitaorg
dahbreak dah. Tak larat la nak layan kerenah dia.” Jawab Fitri yang bersahaja.
Jun yang mendengar tersenyum.
“Ada can ni” getus didalam hatinya.
“ Really? Hurmm…jodoh pertemuan
ditangan tuhan kan.. Kita takkan tahu siapa yang tertulis buat kita” Ariana
tersenyum sambil memandang wajah Jun.
“ Betul..betul..betul..” Jun
tiba-tiba bersuara.
“ Hurmm… I pun rasa betul juga.
Kadang-kadang kita hanya Nampak orang yang jauh tapi yang sebenarnya depan mata
tu lah jodoh kita.. tak gitu… “ Fitri bersuara sambil mengenyit matanya pada
Jun sambil tersenyum.
Jun tersentak terus tertunduk
malu.
“ok la…we are here.. so you
better cari mummy. Kesian dia sendiri.” Ariana bersuara dan mengucapka terima
kasih pada Fitri.
Sepanjang perjalanan pulang, Jun
tidak henti-henti tersenyum sendirian. Ariana tahu apa di dalam fikiran Jun
itu. Dia membiarkan sahaja sahabatnya melayan perasaan kerana Jun telah lama
jatuh hati dengan Fitri semenjak dibangku persekolahn lagi. Namun Fitri yang
seorang yang pendiam semasa sekolah dahulu amat payah untuk didekati.
Keadaan sekeliling amat riuh
rendah sekali. Ramai hadirin yang hadir untuk melihat mempelai diijab Kabul
sebentar lagi.
Kelihatan seorang gadis yang
cantik di hias sedang duduk bersalaman dengan hadirin yang datang ingin melihat
dengan jelas pengantin baru itu.
Dengan baju kebaya moden terkini
yang berwarna merah jambu lembut, memakai tudung dan vail muslimah dikepala..
memperlihatkan kejelitaan si pengantin perempuan.
Sempat dia menjenguk ke luar
kelibat ayah dan bonda nya sedang melayan saudara yang jauh dan dekat di pintu
hadapan. Datin dan Dato juga sibuk melayan tetamu mereka. Jun yang sentiasa
berada disisi nya sesekali menjenguk ke luar menanti sahabatnya yang seorang
lagi belum juga sampai.
“ Aduh..mana pula si Wani ni. Aku
call tak angkat-angkat” Jun membebel seorang diri.
Ariana yang sedang leka terdengar
bkeluhan itu. “ Tak apa..mungkinkejap lagi dia sampai la tu. Kan dia dah janji
nak datang” jawab Ariana dengan penuh harapan.
Masa bergerak namun kelibat
pengantin lelaki tidak juga Nampak. Hati Ariana sudah mula tidak merasa senang.
Teringat kali terakhir dia berjumpa dengan tunang nya itu beberapa hari sebelum
majlis perkahwinannya itu.
“ Ar, Is sayang Ar. Tapi kalau
apa-apa yang berlaku…Segalanya adalah ketentuan darinya. Jadi kita kena redha
dan menerima.” Iskandar berkata-kata sambil memegang erat tangan tunangnya itu.
“ Kenapa Is cakap begitu? Is
sakit ke?” Ariana seperti tidak sedap hati namun dikuat kan hatinya.
“ Tak da la sayang. Is hanya
mengingatkan sahaja” iskandar hanya tersenyum dengan penuh makna.
Datin tiba-tiba masuk kebilik
pengantin sambil memegang telefon dan bertanya pada Ariana.
“ Ar, Iskandar ada call tak? Dia
ada kata dia smpai pukul berapa?”
“ Tak Pula Mummy. Kenapa Mummy?”
Ariana dapat melihat kegelisahan diwajah Datin.
“ Mummy risau ni. Fitri dah
sampai. Katanya Iskandar akan susur kemudian dengan Joe kawan dia.” Datin mula
berasa gelisah. “ Mummy dah cuba call dia tapi dia tak angkat call.” Datin
berkata-kata lagi.
Datin mula tidak sedap hati,
lantas dia meminta Jun untuk memanggil Dato dan Puan Ros dan suami.
Jun akur dan mula mencari mereka,
dan meminta mereka ke bilik pengantin. Fitri yang berada disebelah Dato juga
mengikut dari belakang.
Mereka melihat Datin sedang cuba
bercakap dengan seseorang.
“ Is, kenapa ni nak.. Anak kat
mana? Semua dah tunggu ni.” Datin memujuk.
Ariana yang cuba menyembunyikan
rasa gelisah itu akhirnya tewas pada kata-kata Datin dihadapannya. Fitri yang
berada disana segera mencapai telefon dan membuka pembesar suara telefon
ibunya. Tatkala itulah terdengar suara Iskandar di telefon itu.
“ Mummy, Is minta maaf sangat
pada Mummy, Daddy, Ayah dan Mama dan juga pada Ariana. Sebenarnya, Is tak boleh
berkahwin dengan Ariana mummy, Is sayang Ariana sangat tapi Is dah terlanjur
Mummy. Is baru dapat tahu yang Is akan jadi seorang ayah Mummy.”
Semua tersentak termasuk Ariana
yang dar tadi hanya menangis terkenang kan hal ini.
“ Siapa perempuan yang kau dah
terlanjur tu Is? Cakap sekarang” Dato Kamaruddin dengan nada marah yang dari
tadi mendiamkan diri.
“ Maafkan Is Daddy.. Perempuan
itu adalah Wani”
Ariana seperti hendak pitam
mendengar kata-kata dari Iskandar itu. Terasa gelap keadaan bilik pada waktu
itu. Barulah Ariana tahu kenapa Wani sakit dan muntah-muntah akhir-akhir ini.
Rupa-rupanya dia telah mengandung.
Ariana dengan sepantas kilat
mengambil telefon yang berada ditangan Datin.
“ Hello abg.. saya tahu segalanya
adalah ketentuan Tuhan pada saya. Saya redha dan saya terima seadaanya. Abang
tak perlulah lari dari semua orang dalam hal sebegini. Abang datang sahaja di
majlis ini dan abang bawa Wani sekali. Abang akad nikah sahaja disini. Saya
redha bang. Kami akan tunggu abang disini. Tak perlu abang risau pasal semua,
insyaallah Allah akan tunjukkan jalan terbaik buat semua.” Ariana memujuk.
Datin hanya mampu menangis dan
memeluk Puan Ros yang terperanjat mendengar kata-kata dari Iskandar dan
ditambah pula ayat dari anak perempuan nya itu.
En. Abdullah ayah Ariana yang
terduduk hanya mampu menangis dan merasa amat tertipu.
“ Ayah, mama, Mummy, Daddy…kita
harus terima Qada dan Qadar dalam semua yang berlaku. Ariana juga rasa amat
terluka namun kita tidak bole menolak takdir Allah. Segalanya telah tertulis.
Ayah, mama, Ariana tahu yang apa yang berlaku akan mencalar maruah kita namun
kalau Ar boleh terima yang tertulis, kenapa tidak pada Mama dan Ayah. Majlis
tetap akan berlangsung kerana sebentar lagi abg Iskandar akan datang bawak
Wani, jadi pengantin lelaki dan perempuan tetap ada. Kita harus terima mereka.
Wani anak yatim kematian ayah dari kecil. Jadi dia perlukan kasih sayang semua
juga. Please for me.” Ariana merayu dengan air matanya berderai laju.
Dato dan Datin hanya terdiam dan
merasa malu dengan apa yang berlaku. En.Abdullah cuba memujuk Puan Ros yang
tidak terhenti-henti menangis.
“ Mama dan mummy lap la air mata
tu..nanti apa kata tetamu. Ar akan salin pakaian sebelum mereka smapai sebentar
lagi” Ariana bersuara.
“ Jangan, Ar tak payah ganti
pakaian. Majlis bukan berlangsung untuk sepasang pengantin tapi 2” tiba-tiba
Fitri bersuara.
“ Ariana, Fitri dah lama cinta
pada Ar namun bila Mummy buat pilihan nak jodohkan Ar dengan Abang, Fit
terpaksa undur diri. Fit selalu ikuti perkembangan Ar dari kecil. Walau pun
jarak umur kita hanya muda 1 tahun, semua itu hanya angka. Fit harap Ar dapat
terima Fit.” Fitri melutut dihadapan Ariana.
Semua yang berada di dalam bilik
terperanjat dengan pengakuan Fitri itu. Ariana tertunduk dan hanya mendiamkan
diri. Dia berasa serba salah. Sahabatnya Jun juga menaruh harapan pada Fitri.
Ariana juga pernah ada perasaan pada Fitri namun itu hanya cinta zaman
kanak-kanak dan slepas dia tahu sahabat baiknya menaruh hati dia undur diri
juga.
Jun yang berada disisi Ariana
tahu kegelisahan yang dihadapi oleh Ariana kerana nya.
“ Ar, kau juga pernah kata yang
Jodoh pertemuan itu ketentuan tuhan. Jadi aku juga redha yang jodoh aku
bukanlah dengan Fitri kerana Fitri tak pernah pandang pada aku selama ini
kerana aku dapat melihat perasaannya pada aku. Hanya aku sahaja yang beriya-iya
pun tak ada guna nya. Cinta dan kasih sayang hadir untuk dua insane yang saling
memerlukan dan bukan hanya seorang. Percayalah, aku restui pernikahan ini” Jun
menyapu air mata yang mengalir di pipi Ariana.
Ariana dan Jun memeluk antara
satu sama lain. Akhirnya pernikahan antara Fitri dan Ariana dilangsungkan
bersama dengan Iskandar dan Wani.
Mempelai disandingkan diatas satu
pelamin yang dihiaskan cantik.
No comments:
Post a Comment