Friday, 11 April 2014

KENAPA? MENGAPA?

Beberapa hari ini aku sentiasa mendapat mimpi dan dalam mimpi itu orang paling aku benci sentiasa hadir dalam mimpi aku.

Kenapa terjadinya begitu? Adakah mainan tidur atau aku teringatkan dia? TIDAK...tidak mungkin...aku tak pernah merinduinya. Namun dia sentiasa hadir dalam mimpi aku.

Bila bertanya pada kawan2 mereka kata aku teringatkan dia sangat. Ada ke patut..atau aku menipu diri aku sendiri.

Mungkin kami telah berkawan lama dan aku seronok berkawannya dahulu sehinggalah dia menikam aku dari belakang hanya kerana inginkan perhatian. Namun itu tidak bermakna aku teringatkan dia selalu. 

Entah lah... kadang kala aku ingin melupakan semua yang pernah terjadi dalam hidup ku untuk aku meneruskan kehidupan aku yang baru namun bila luka yang pernah berdarah atas perbuatan orang yang pernah lukakan hati ini bercalar kembali aku jadi sakit. Namun dalam kesakitan itu aku sedih kerana aku kehilangan orang yang pernah aku percayai.

Sekarang bila aku ingin memulakan hubungan persahabatan aku lebih berhati-hati namun aku ini manusia biasa dan aku tidak lepas dari mengulangi kesilapan aku dahulu iaitu cepat percayakan orang dan cepat kasihan pada orang hingga menjerat diriku sendiri.

Aku redha dan aku harap aku dapat atasi segalanya. Insyaallah... Aamiin




No comments:

Post a Comment