Friday, 15 November 2013

KEMANA KAU MENGHILANG...WAHAI SAHABATKU..

Setelah aku mula bekerja aku sudah "lost contact" dengan sahabatku ini.

Dia adalah seorang sahabat yang sentiasa menolong aku tatkala aku dalam kesusahan. Walaupun dia juga menghadapi masalah kewangan seperti diriku namun dia tidak pernah mengeluh malah dia masih berusaha mendapatkan duit untuk kegunaan diriku.

Beberapa hari ini aku asyik teringatkan dirinya. Lantas aku cuba untuk menghubunginya..namun aku hampa.. panggilan aku tidak dijawab. Aku cuba untuk beberapa hari masih berkeadaan yang sama. Aku cuba hubungi suami beliau namun pekara yang sama aku hadapi. 

Apakah yang terjadi?? Aku ingin sahaja kerumah beliau namun aku tidak berapa ingat jalannya kerana aku hanya pergi beberapa kali sahaja. 

Sahabat..

Aku amat merinduimu.. ingin sahaja aku bercerita denganmu segala apa yang terjadi sewaktu kita tidak berhubung antara satu sama lain. Aku ingin kita bergelak ketawa menagis bersama seperti dulu.

Dimanakah kamu wahai sahabatku... Aku amat merinduimu.. Jangan lah kau menjauhkan dirimu tanpa sebarang penjelasan.


AKU BERSYUKUR YA ALLAH..

Alhamdullillah..setelah beberapa hari aku berfikir akhirnya aku menerima salah satu tawaran kerja yang telah di tawarkan buat diri ku ini.

Kini aku bekerja di salah sebuah syarikat pembangunan hartanah dan jawatan aku sebagai Chief Exec Officer dan aku sekarang mengendalikan segala perihal syarikat. Alhamdullillah..akhirnya ada kebaikan dari segala yang berlaku.

Aku berharap dan berdoa moga jawatan serta kerja aku ini akan berkekalan hendaknya. Moga Allah memberi aku Nur dan hidayah serta rezeki yang halal buat aku dan keluarga ku.. Amiin

Tuesday, 29 October 2013

REZEKI ALLAH s.w.t

Alhamdullillah... aku mendapat perkhabaran gembira bila mana aku di ambil bekerja oleh 2 buah syarikat. Kedua-duanya mahu aku mula bekerja pada awal November 2013 ini... Alhamdullillah, syukur kepada mu ya Allah.

Namun aku dalam dilema bila mana aku perlu memilih antara kedua-dua syarikat ini. Masing-masing punyai kelemahan dan kelebihan.

Hurmmm... aku tak tahu...tapi aku akan fikir yang terbaik.

Doa kan aku ya sahabat semua...

Sunday, 27 October 2013

INTAN DAN KACA

Kelmarin aku terjumpa dengan bekas staff tempat kerja ku dulu. Lama juga tak berjumpa. Akhirnya dia bertanya perihal aku tidak bekerja disana lagi. Aku menceritakan satu persatu sebab-sebab aku diberhentikan. Namun apa yang aku terima berita darinya yang mereka membuat satu pertuduhan yang amat tidak masuk dek akal.

Mereka membuat tuduhan yang aku membawa lari duit syarikat.. Ya Allah... kenapa sebegitu cetek pemikiran mereka. 

Kalau la aku bawa duit lari duit syarikat, aku tidak akan merasa tertekan dengan kehidupan aku yang aku alami sekarang. Sudah tentu aku enjoy bershopping, sakan berbelanja.. Ini aku masih menacri sumber dan sentiasa dalam kesempitan.

Aku tahu siapa manusia yang membuat cerita ini. Aku berdoa agar Allah buka kan lah hati nya untuk bertaubat. 

Buat teman-teman yang mempercayai atau tidak mempercayai cerita-cerita fitnah kepada ku, aku berdiam bukanlah kerana aku mengiyakan setiap pertuduhan kalian mahupun aku takut dengan pertuduhan itu, namun aku masih percaya bahawa Allah s.w.t sentiasa bersama orang yang teraniya. Aku tak pernah membuat pekara yang terkutuk sebegitu. 

Dan buat bekas majikan ku,

Kalau betullah pertuduhan ku itu dibuat, kenapa tidak kau hubungi aku untuk kita berdepan dan minta aku jelaskan kedudukan ku itu. Dengarlah penjelasan aku. Jangan kau tunding segala hal hanya kerana seorang syaitan yang bertopengkan manusia di sana. Aku masih waras dan aku masih tahu hukum Allah.

Jika dahulu staff yang pernah tipu duit syarikat kau hubungi dan berdepan kenapa tidak aku?? Apa yang kau takut.. Kau takut sebenarnya semua itu tidak benar dan kau takut orang salahkan kau atas keputusan kau buat.

Walau bagaimanapun aku berterima kasih atas layanan telah kau berikan pada kau semasa aku bekerja dengan kau dahulu. Namun aku harap kau juga akan berubah dan sedar bahawa setiap orang yang berada disekelilingmu itu ada yang boleh kau percaya dan ada yang tidak boleh kau percaya.

Moga satu hari Allah akan bukakan hal sebenar dan buka mata siapa sebenarnya intan dan siapa sebenarnya kaca. 

Friday, 25 October 2013

KERJA OH KERJA

Hari ini aku ambil leave dengan majikan ku...

Dan hari ini juga aku terpaksa cari kerja lain untuk keluarga ku. Mana tidaknya, walaupun majikan kini aku mengatakan "CUTI TAK BERGAJI" buat sementara, aku tak tahu sampai bila sementara itu.

Bayangkan dengan sekolah akan buka kembali tahun hadapan..jika aku bertahan tak bergaji untuk 2-3 bulan... aduhai...

Akhirnya hari ini aku pergi ke tempat pertama temuduga.

Terletak berdekatan dengan kawasan pejabat lama aku juga.

Tapi syarikat peguam India. Aku hanya hadir untuk mengisi borang temuduga sahaja dahulu kerana yang menemuduga ada hal lain katanya.

Inilah kali pertama aku mengisi borang yang banyak persoalan yang perlu aku jawab.

Antaranya, apakah pandangan aku terhadap cuti atau MC?

Bila kecemasan dirumah atau anda sakit, namun anda diperlukan di pejabat apakah yang anda lakukan?

Beri lima sebab bagaimana kita di katakan sebagai pekerja yang baik?

Aduhai... soalan yang mana salah jawab, kantoi... jika kita pentingkan pejabat dalam soalan 1 & 2... nampak sangat kita tak pentingkan keluarga..namun jika kita jawab sebaliknya...hurmmm

Aku hanya menjawab ikut naluri.. Aku hanya berdoa sahaja...yang lain terserah..

Esok temuduga ku yang kedua.. Doakan buat ku ya....

Tuesday, 22 October 2013

DUGAAN LAGI...

Bila mana aku telah di berentikan bulan Mei tempoh hari aku kebingungan dan kegelisahan.

Aku mengadu pada Allah dan aku sentiasa mohon agar Dia memberi aku kekuatan danjalan penyelesaian.

Pada pertengahan bulan Julai aku di ambil bekerja dengan syarikat kawan sepejabat lama aku. Walau gaji tak besar namun alhamdullillah , cukup untuk aku selesaikan hutang-hutang aku dan perbelanjaan harian.

Namun dalam beberapa bulan aku bekerja aku lupa pada kekasih awal dan akhir aku yang mana aku sentiasa mengadu dan minta ikhsan iaitu Allah s.w.t dulu.

Kini baru aku tahu, bila aku lupa padaNya, Dia tak pernah lupa pada kita namun Dia akan memberi 'hint' agar jangan alpa dan lupa pada Nya.

Semalam pada tarikh 22.10.2013, majikan baru aku telah mengesyorkan agar aku bercuti tanpa gaji bermula pada 1.11.2013 ini nanti kerana syarikat mengalami kerugian yang amat ketara.

Ya Allah...dugaan datang kembali... Aku berdosa pada Nya... 

Aku terdiam dan termenung kerana kehidupan aku akan berubah kembali seperti aku diberentikan dahulu. 

Bulan November dan Bulan Disember adalah cuti sekolah.

Dalam tempoh itu anak-anak akan mula bercuti panjang dan bakal memulakan persekolahn untuk tahun hadapan. 

Walau terasa amat terseksa dan terkilan namun aku harus usahakan sesuatu.

Walau aku pernah cuba untuk mencari kerja , kebanyakkan menginginkan umur dari 35 tahun kebawah. Sedangkan aku 35tahun keatas dan belum mencecah 40an.

Ya Allah... berikanlah aku kekuatan dan berikanlah aku jalan untuk aku selesaikan segala kemelut kehidupan ku ini. Amiin...


Wednesday, 16 October 2013

HIDUP TERLALU SINGKAT UTK DI SIA-SIA KAN

Baru-baru ni semasa saya pergi untuk monthly checkup di Hospital Selayang, saya telah melihat gelagat dua org mak cik yang sedang menunggu giliran utk di panggil.. Almaklum la, di Hospital ni kita dtg dari pukul 8 pagi pon dalam pkul 2 baru nama di panggil... dan sepanjang saya "melepak" di situ seorang mak cik india ni membebel dgn muka nya berkerut2 kerana penat menunggu giliran..yg seorang lagi mak cik cina ni pula yang berpakaian ala-ala remaja dgn kasut snikers sentiasa tersenyum sambil menegur ramah orang yang dekat dgn nya termasuk la mak cik india ni.. saya dpt mendengar perbualan mereka sbb saya ddk bersebelahan mak cik india ni.. 

Mak cik Cina : you sakit apa? apa pasal marah-marah

Mak cik India : saya sakit kening manis..saya sudah tunggu dari pukul 9 pagi tadi...sekarang sudah pukul 2.. banyak penat.. kalau la saya banyak duit saya mau pg hospital swasta sahaja tapi saya tak banyak duit itu sbb saya dtg sini.

Mak cik cina : Utk saya mana kita pg pon sama..Saya ddk sana Subang Jaya dan semua Hospital Pakar Swasta sudah saya pg. Buat apa bayar mahal-mahal tapi ubat semua sama. Kita bukan pg tempat mahal-mahal terus penyakit bole hilang. Kalau sudah sakit tetap sakit.

Mak Cik India : U sakit apa? Apa pasal u banyak suka bila mari hospital?

Mak Cik Cina : Saya satu badan sudah ada penyakit. Darah, tinggi, kencing manis, Jantung, Gout, Barah Tulang, Buah Pinggang. Saya happy2 ma.. buat apa saya mau tunggu mati kalau semua orang pon mati. Ini penyakit tuhan bagi..saya terima. Sementara saya masih hidup saya mau happy.. Kalau saya marah2 pon tarak bole baik ini penyakit... lagi bertambah teruk buat apa...

Mak cik India ni bengang dengan kenyataan Mak cik Cina ni terus dia buat-buat panggilan di telefon bimbitnya. Mak Cik Cina ni ketawa kecil dan terus menyanyi kecil sambil tersenyum.. 


Selepas beberapa minit nama Mak Cik India ni di panggil dan Mak Cik Cina ni berpesan padanya, sentiasa senyum dan happy...hidup ini singkat untuk di sia-siakan. Mak cik India ini berlalu sambil berkata, Moga Anda Panjang Umur dengan muka yang penuh dengan perasaan "annoying"... 

Moral Of The Story : Kita hidup hanya sekali, dan setiap dari kita akan mati dan masa yang ada perlulah kita isikan dengan pekara yang berguna dan berfaedah. Yang penting amal jariah dan sentiasa beribadah untuk mencari harta akhirat nanti. Bagi saya yang ada penyakit ni, saya juga perlu ikut cara Mak Cik Cina , Life is too precious to waste... 

Thursday, 10 October 2013

BERCINTA???

Cinta... kasih Sayang...Hurmmm... 

Aku telah pertama kali jatuh hati pada usia ku 12tahun.. aku jatuh hati pada sepupuku sendiri.. dia sentiasa baik dan jaga hal aku. Namun bila kami menganjak dewasa, ibu bapa kami melarang untuk kami berpasangan kerana status sepupu. Al maklum la, dia adalah anak kepada kakak ayah saya. Kerana keluarga kami turutkan. Kami berpisah dan kami tak pernah bertegur sapa hingga aku mendapat tahu dia menjadi seorang Playboy. Aku tidak hairan dengan sikap playboy nya sebab dia mmg ada rupa.

Pada usia 15 aku dilamar oleh abang angkat ku sendiri. Aku pada mula nya tidak mempercayai semua ini namun setelah beliau hadir merisik aku bersama-sama keluarganya, baru aku sedar pekara ini adalah rancangan arwah nenek dan atuk aku. Aku tahu mereka sangat berkenan dengan abang angkat aku.

Pada usia 16 tahun aku telah diikat tali pertunangan dengan abang angkat ku sendiri walaupun ibu dan ayah aku tidak mempersetujui namun atas kehendak dan nasihat mereka terpaksa terima jua. Tunang aku jauh usia dengan ku 12 tahun. Aku pada waktu itu belum lagi jatuh cinta padanya namun aku sayang dengan nya atas sikap dia yang bersahaja dan sentiasa mendidik aku.

Pada usia 17 tahun aku dan famili berpindah ke Petaling Jaya dan aku bersekolah disana. Tunang aku akan sentiasa melawat aku disana setiap 2 minggu sekali kerana keluarga ku minta supaya beri aku ruang untuk belajar menghadapi SPM. Sewaktu itu aku berkenalan dengan seorang pelajar lelaki yang sekelas dengan aku. Dia seorang yang sopan santun dan hormat pada orang tua. Dia seorang anak yatim yang kematian ibu, Dia dijaga oleh kakak nya sendiri selepas ayahnya bernikah lain. 

Awal kemasukan aku kesekolah itu dialah orang pertama datang memperkenalkan dirinya pada aku. Serius, aku terkesima dengan perwatakannya itu. Sewaktu disekolah aku merahsiakan status aku tunangan orang kerana aku takut akan dibuang sekolah. Biarlah aku namakan kawan kelas aku ini B dan tunang aku A dan sepupu aku C. B sentiasa menjaga kebajikan aku seperti sentiasa menghantar kerja sekolah tatkala aku tidak hadir ke sekolah.. B juga menghadiahkan aku sekotak air tin sewaktu hari jadi aku walaupun aku tahu sewaktu itu dia masih sekolah. Mungkin ada yang tertanya2 kenapa air tin?? hihihihi... aku sendiri pun tak tahu...

Semasa hari raya bakal menjelma B datang hantar pada aku sepasang kain untuk aku buatkan baju kurung sewaktu itu. Aku sering kali tertanya2 dari mana dia mendapat duit dan akhirnya aku mendapat tahu dia bekerja di padang golf berdekatan sebagai caddy untuk mengumpul duit setiap hari sabtu dan ahad. Bila hari raya pula aku mendapat tahu dia juga ada membeli kain yang sama dia beri pada ku dan dia juga menempah untuk baju melayu dia. Alahai... sweetkan... 

Bagi A pula, dia seorang yang kuat cemburu. Dia susah membenarkan aku keluar berjalan-jalan bersama kawan-kawan aku mahupun adik beradik ku sendiri. Kadang-kadang aku rimas. Tapi bila aku luahkn ktny untuk kebaikan aku juga. Dia orang yang paling lupa untuk mengingati hari jadi aku.. bila diingatkn baru terhegeh-hegeh nak cari hadiah. Hari raya pula dia juga ada menghadiahkan pada aku sepasang kain untuk di buat baju kurung. Tapi A ini baik dan sentiasa bersabar dengan kerenah aku.

Masa berlalu akhirnya B mendapat tahu aku adalah tunangan orang setelah salah seorang kawan sekolah terserempak aku bersama A di Kuala Lumpur. Kawan sekolah aku menegur dan bertanya pada ku di depan A siapa A ini. Lalu aku memperkenalkan dia adalah tunangan aku dan kecoh satu sekolah selepas itu. B kecewa dan gagal dalam SPM dan bertubi2 kesalahan di tunding pada aku oleh kawan-kawan sekelas aku. B melarikan diri pada aku. 

Aku ingin berjumpa dengan B untuk menerangkan segalanya namun aku tahu B akan marah dan tak mahu berjmpa dengan aku lagi. Beberapa bulan selepas itu B menghubungi aku dan meminta aku untuk bertemu. Saat itu aku seperti tidak percaya dan aku bersetuju. 

B meluahkan isihatinya pada aku. Aku tergamam.. Dia amat berharap agar hal pertunangan aku itu satu kebohongan semata. Dia amat berharap segala berita tentang aku itu tipu semuanya. Aku tidak berdaya dan mengatakan yang sememangnya aku adalah tunangan orang. Dia menangis. Aku diam seribu bahasa. Kami berpisah setelah dia menghantar aku pulang.

Setelah 19 tahun aku berkahwin dengan A dan dikurniakan 3 cahaya mata. Biasalah dalam alam perkahwinan ada masa pasang dan surutnya. Aku cinta dengan beliau dan adakala aku marah pada beliau... heheheh... 

Beberapa bulan baru-baru ini, C telah cuba hubungi aku melalui FB. Aku terdiam dan pada waktu yang sama aku gembira. C telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Dia ingin kami berhubung sebagai sepupu.. Aku setuju namun hti aku sentiasa gembira tatkala dia ada menegurku.

Dan dalam masa yang sama B juga mencari dan menghubungi aku. Dia meluahkan isihatinya kembali. Dia juga sudah berkahwin dengan kawan sekolah kami. Dia mempunyai 5 orang cahayamata. Dan paling aku terkejut dia memint agar kami bercinta kembali. Bercinta kembali??? Astaghfirullah... aku tertanya-tanya samada dia ni waras atau tidak... aku menasihatinya kerana kita telah berumahtangga dan kita sendiri mempunyai suami dan isteri. Namun dia meminta untuk aku memikirkannya kembali..

Tidak... sejauh mana atau selama mana dia minta untuk aku berfikir aku tetap dengan pendirian aku.. Aku adalah hak orang lain dan aku amat menyayangi suami aku. Jika kau meminta untuk meneruskan persahabatan aku akan pertimbangkan...namun untuk bercinta kembali...mustahil...


Wednesday, 9 October 2013

ANGER, ENVY & INSULTS (pheww... that goes to me)

Near Tokyo lived a great Samurai, now old, who decided to teach Zen Buddhism to young people.
One afternoon, a warrior – known for his complete lack of scruples – arrived there. The young and impatient warrior had never lost a fight. Hearing of the Samurai’s reputation, he had come to defeat him, and increase his fame.
All the students were against the idea, but the old man accepted the challenge.
All gathered on the town square, and the young man started insulting the old master. He threw a few rocks in his direction, spat in his face, shouted every insult under the sun – he even insulted his ancestors.
For hours, he did everything to provoke him, but the old man remained impassive. At the end of the afternoon, by now feeling exhausted and humiliated, the impetuous warrior left.
Disappointed by the fact that the master had received so many insults and provocations, the students asked: “How could you bear such indignity? Why didn’t you use your sword, even knowing you might lose the fight, instead of displaying your cowardice in front of us all?”
“If someone comes to you with a gift, and you do not accept it, who does the gift belong to?” – asked the old Samurai.
“He who tried to deliver it.” – replied one of his disciples.
“The same goes for envy, anger and insults.” – said the master. “When they are not accepted, they continue to belong tothe one who carried them.”

LESSON IN LIFE??


Yes, that's me...crying over the same thing over and over again because it's alway keep coming in my mind over and over every time..

What should i do??

Pretending that was not ever happen??

It's seems like a very easy thing to do but it is not.

Even though life must goes on but in me, every single thing that happen had made my life change.. Alot...

I know that we shouldn't cry for something useless but then, for everything that had happen still there's no answer and all the question still hanging there...

Every single of it still hanging without any answers.

Why?
What?
When??
How?

All this still i can't solve it by my own.





FRIENDSHIP & TRUST ( persahabatan & kepercayaan )

Persahabatan... satu ungkapan yang aku seringkali tertanya-tanya pada diriku samada masih wujud atau tidak.. Seringkali aku tertipu dengan ayat itu... bila aku menaruh sepenuh kepercayaan aku ditikam bertalu-talu bagai aku tidak punya perasaan.

Kepercayaan... ayat yang aku simpan dalam sebuah persahabatan...namun aku seringkali dikhianati. 

Aku dari dulu hingga kini bila berhadapan dengan sebuah persahabatan aku tanam erti kepercayaan dan aku berkongsi rahsia namun aku seringkali dikhianati. Aku tahu, kenapa harus aku mempercayai manusia dengan begitu mudah sedangkan pekara ini berulang-ulang aku tempuhi. 

Aku tidak boleh membuang sikap ku yang cepat mempercayai seorang yang bergelar sahabat. Kerana sikap ku ini aku sering kali di khianati dan dikecewakan.

Kadang-kadang timbul rasa benci pada orang namun bila ada yang mula mendekati dan ingin bersahabat aku kalah... kalah pada sebuah persahabatan.

Aku hanya seorang yang menggangap satu persahabatan itu sesuatu yang amat bernilai.. aku menjaga dan aku sentiasa cuba yang terbaik dalam persahabatan.. 

Sakit... sakit bila aku dikecewakan dengan sebuah persahabatan.. 

Aku bukan meminta sebuah istana atau aku bukan meminta intan berlian...aku ingin kan seorang sahabat yang sentiasa berada disisi tatkala aku dalam kesedihan dan kesunyian.. 

Namun aku kehilangan semua itu kerana tiada kepercayaan dalam persahabatan.

Walau aku mempunyai seorang suami dan kita boleh mengganggap dia sebagai seorang sahabat, namun aku masih banyak rahsia yang tidak perlu dia tahu..

Kini...perkataan SAHABAT itu amat aku benci... benci hinggakan setiap manusia yang aku kenal hanya aku gelar sebagai kenalan. Aku tak mampu untuk menipu namun aku harus berdiri dan tempuhi setapak demi setapak walau tanpa seorang sahabat.

Kekecewaan mengajar aku menjadi seorang yang keras hati namun keadaan ini membuat aku benci dengan diri ku sendiri dan aku hanya mampu mengalirkan air mata dan hanya pada sebuah tulisan keluhan diri ku..

Allah itu maha pendengar dan maha mengasihani... dan aku bersyukur...

Walau jauh disudut hati aku inginkan seorang sahabat yang sentiasa berada disisi untuk bersama ku tatkala susah mahupun senang, aku pasrah jika aku di minta untuk jadi begini.

Buat seorang yang pernah menjadi sahabat,

Dulu, segala kekecewaan dan kesedihan mu aku menangis bersama mu, namun kini kau lupakan semua itu.. Aku terima.

Dulu bila kau dalam kesusahan akulah manusia yang sanggup untuk tolong dirimu walau anak-anak dan suami ku menginginkan ku...namun kini kau lupakan semua itu... Aku terima...

Dulu, kemana sahaja kita bersama dan segala rintangan kita bersama, namun kini kau lupakan semua itu... itu juga Aku terima...

Kini kau khianati aku hanya untuk kepentingan dirimu, dan kau hanya ingin lihat aku kecewa... namun aku tidak akan sesekali melupakan semua itu dan Aku terima... 

Aku tidak akan balas setiap apa yang kau lakukan kerana aku masih merindui setiap detik kita bersama dan setiap kebaikan yang pernah ada dalam diri mu...


Friday, 27 September 2013

PMR nak dekat???

Hrmm...lagi beberapa hari lagi PMR akan datang menjengah kehidupan anak2 kita tahun ni.. Tak terkecuali anak ku juga.. 

Anakku...

Mama, sentiasa doakan yang terbaik buat adik.. mama sayang adik dan anak-anak mama yang lain.. buat yang terbaik pada exam PMR ni ya.. mama redha dan terima apa pun keputusan adik akan datang sebab mama nampak usaha adik untuk meluluskan diri dalam exam yang bakal tiba ini..

Ketahuilah, dengan usaha adik tak kira siang dan malam mama bangga sangat pada adik..

Kadang kala mama jadi sedih bila mana adik bercakap sendirian tatkala adik mula study... bila mama tegur adik kata adik hanya bermonolog sendiri..

Tak pa adik...mama akan sentiasa iringi doa buat anak mama... Moga ada success dan bina hidup adik untuk masa depan... 

Fighting!!!!

Thursday, 29 August 2013

STOP CALLING ME!!!

Haishh...benci sungguh dengan Eaon Kredit ni....aku akan bayar semua hutang tertunggak tapi tak payah la siang malam asyik nak call je kerja korang... gaji pon belum masuk tapi hari2 kau nak call buat apa nya... dapat gai aku bayar...setiap bulan bukan tak berbayar...bayar...cuma cepat atau lambat jer..

Nombor2 yang selalu hubungi aku yang aku malas nak jawab dah...
03-21743690      03-20505004    03-20287300    03-20535230    03-20505002    
  03-26885999     03-26104580   03-20505006    

Tolonglah...nk reminder bg jer SMS ke, email ker...ni asyik nak call je kerja...tau la korang yang bekerja dengan AEON kredit ni tak bayar bill telefon tapi tolong jangan ganggu aku... kenapa tak faham2???


Friday, 23 August 2013

KERINDUAN SEORANG IBU

Wahai anak..

Tatkala bila aku mendengar berita dari mu bahawa kau akan balik bercuti, hati aku melonjak2 kegembiraan..

Namun kegembiraan aku sementara.. ini kerana nenda mu juga merasa lebih gembira dari aku..dan kami telah berjanji bersama, jika nenda mu yang menjemput kamu dari pengajian maka kamu harus tidur di rumahnya untuk semalaman.

Aku akur..kerana dia ibu ku jua... aku tahu ibu ku juga merinduimu kerana kau adalah cucu nya yang pertama. Dan kau juga kesayangannya..

Aku harus berkonsi kasih sayang ku dengan nya..

Anak,

Beberapa kali kau pulang bercuti aku jarang sekali dapat bermanja dengan mu. Kerana kau lebih suka tinggal bersama nenda mu.. walau ayah mu selalu memujuk aku dengan mengatakan bahawa itu pun rumah dia juga dan nenda mu juga merinduimu, aku redha..

Setiap hari aku menangis kerana aku tidak cukup masa untuk melepaskan kerinduan ku terhadap mu..

Cuti Hari Raya baru2 ini, kau bercuti selama seminggu namun kau habiskan masa mu bersama nenda mu dan juga keluar bersama teman2 mu yang lain.. 

Ada waktu aku cuba mengubati rinduku dengan memasak lauk kegemaran mu dirumah iaitu ayam masak kari. Setiap suap aku makan kemulutku, hati ku menangis merinduimu.

Anak,

Mungkinkah satu hari nanti kau akan tahu betapa hati ku sentiasa merinduimu dan sentiasa ingin dekat dengan mu.

Moga kau sentiasa akan menemani aku disaat aku memerlukan mu wahai anakku.

Kasih sayang aku terhadap kamu serta kedua adik2 mu tak pernah berubah.

Ketahuilah bahawa aku sentiasa iringi doa moga kau akan berjaya dan bahagia sampai akhir hayat mu sayang..

Ingin sekali aku dakap dirimu dan mencium dirimu seperti kau masih kecil tapi aku takut kau akan malu dan tak mahun semua itu berlaku.

Ingat selalu sayang,...."MAMA SAYANG KAKAK,ADIK2 DAN AYAH"...

AEON KREDIT YANG SEMAKIN LAMA SEMAKIN TERUK SERVIS NYA


Aku hairan la... sedangkan bayaran dah di buat masih lagi sibuk nak hubungi orang setiap hari.. tetap sibuk nak tuntut caj kelewatan.. 

Aku tahu....bukan semua, namun majoriti customer service mereka memang yang seorang yang kurang ajar dan kurang cerdik... 


Tolong la...jangan ganggu...aku tahu bila perlu bayar...tak payah la sibuk minta bayar ikut tempoh yang korang tetapkan dan tak perlu juga kau bagi cadangan pinjam duit orang untuk bayar korang..

Wahai AEON kredit...minta perbaiki la semua customer service kamu kerana makin lama makin teruk servis yang korang bagi dan makin lama makin meluat orang nak jawab setiap panggilan korang.. 

Jangan korang jejaskan reputasi syarikat dengan orang2 yang korang ambik ni untuk meningkatkan marketing korang sedangkan makin lama makin ramai yang malas nk layan dan benci dengan korang.. 


SEMAKIN LAMA SEMAKIN TERSERLAH PENIPUAN MU...

Setelah 3 bulan aku "diberentikan" dari pejabat lama gara-gara hasutan kau.. semakin terbongkar rahsia disebalik tindakan kau yang amat bodoh ini..

Kau beri aku notis berenti 24jam atas alasan tidak munasabah...kerana apa?? kerana kau takut setiap inci rahsia akuan syarikat akan terbongkar atau kau takut akauntan akan bertanya kan penyata kewangan syarikat dan kau tak tahu pada siapa nak tunding???

Kau berusaha hasut En. Pantang kena bodek atas alasan aku postkan luahan sedih aku dan kau kata pada aku yang itu umpama melawan kata bos??? Pada mula aku berasa serba salah...namun setelah lama aku berfikir untuk apa aku merasa sesal kerana apa yang telah aku lakukan sedangkan sepatutnya aku bersyukur kerana tidak duduk lama di syarikat yang sememangnya punyai banyak masalah.

Aku tahu kau mereka-reka cerita tentang aku pada setiap staff yang ada... kau harus tahu... sebanyak mana pon kau hasut atau memburukkan aku, aku rasa ramai lagi yang memandang kau lebih teruk dari keburukan yang kau ciptakan buat aku.

Aku juga tahu, kau telah memperbodohkan En. Pantang kena bodek dengan status Janda kau hanya untuk meraih simpati..mana kan tidak...sedangkan BOMOH yang kau minta bantuan pon kau sibuk nk goda sedangkan kau tahu dia sedang berubat untuk mengembalikan laki kau dan kau juga dah tahu dia suami orang kau masih sibuk ajak dia kawin... Sedar la sikit diri tu...

Aku tahu yang kau menunding setiap kesalahan akaun kewangan kepada aku tatkala aku sudah diberentikan sbb senang untuk menutup kesalahan kau..

Bayangkan la... kau yang dah umum nk berenti pon sibuk nak datang pejabat dan nk buatkan gaji untuk pekerja sedangkan tak pernah di buat orang pekara sebegini.

Kalau aku jahat setiap apa yang kau buat akan aku bongkarkan...namun aku bukan seperti kau yang sibuk cari populariti dan kesenangan seperti manusia yang tiada Tuhan sbb aku masih tahu Allah telah merencanakan yang terbaik buat aku dan keluarga..

Dan untuk pengetahuan kau...setiap apa yang kau tuntut pada aku itu bukanlah hak kau, "ingat sepekara" aku tak akan halal sesen pun yang kau tuntut itu dunia akhirat. Dan aku berdoa moga Allah akan turun kan pembalasan yang setimpal dengan apa yang telah kau buatkan pada ku selama penderitaan aku ini... 


Wednesday, 14 August 2013

DUGAAN DATANG DAN PERGI..

Hari2 mendatang aku temuhi jua untuk meniti segala ranjau keidupan...namun aku pasrah dan redha dengan segala ujian pada ku.. namun aku insan biasa, ada kala nya aku hilang segala arah tujuan...

Setelah raya berlalu pergi kini tiba kembali segala masalah yang aku letak ketepi untuk menyambut hari lebaran bersama yang tersayang...

Pedih, sedih...segalanya ada..

Panggilan demi panggilan untuk menuntut hutang dan janji... aku hanya dapat mendiam kan diri... kadang kala aku amat marah pada orang yang telah membuat aku jadi begini, namun aku harus sedar bahawa ini semua atas kehendaknya.

Aku hanya berpura-pura untuk senyum namun hati aku menangis tak siapa yang tahu.

Ya Allah...kuatkanlah iman ku ini...berikan lah aku petunjuk dan hidayah untuk aku sentiasa bertawakal padamu... Aku mohon padamu agar kau murahkanlah rezeki ku sekeluarga..." Aamiin...

Wednesday, 31 July 2013

SYAWAL YANG BAKAL TIBA


Syawal bakal tiba hanya beberapa hari sahaja lagi. Alhamdullillah puasa tahun ini tiada banyak dugaan yang tiba. 

Namun aku berharap moga Allah mendengar rayuan agar memurahkan rezeki ku sekeluarga pada tahun ini..

Aku ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam didunia ini.

Pada yang mengenali diriku, mohon maaf dan ampun ku pinta andai ada terkasar bahasa dan mengguris perasaan kalian..

Amiinn

Sunday, 28 July 2013

RAYA EVE IS COMING...

Assalamualaikum and Hi...

Well today the first time i'm typing in English..i don't know how it will be sound as.. I'm not fluently in English but practice make perfect...hihih.. i guess...

In a few weeks Raya eve is coming... well, for that i haven't make any preparation yet..why??? the reason is because i haven't have any money. I'm not sure when will i received my salary..but even i get my salary i have to pay up so many things and i still don't have enough money to prepare my children a new cloth and to buy cookies for the guest..

Hurmmm... that day i've spoken with my youngest child regarding the preparation that i haven't make and with a sincere face he told me that 'it's okay mummy, i still had my old cloth to wear this Raya eve.. and i still can wear my old shoe even it's a little tight."

The tears drop from my eyes when i listen what he had said.. I'm so sorry my son, i'm so sorry... 

Sometimes, i'm feeling down when ever i've been thinking about this but Allah is still with me. I know that Allah just giving me a test weather i can bear the test that He had given to me. Allah is not cruel to his people..

Every times i feel down i would always says.. Ya Allah..Ya Allah... for may times...and that my burden will go away slowly..

Sometimes i been thinking, why is this happening to me?? but i realize that i still have my beloved husband, my children and my parents that always be my side. How about those people that have not all that?? Surely i thank full to Allah for giving me this wonderful people that i love.

I have to understand, that money is not everything, but love with someone in our side is more cherish and wonderful feeling that others problem.

Oh well, maybe for now i'm writing in English... i think i have so may mistake in my present and my past stance.. hahahah... 

I think i should try to learn more on how to write or to speak in English better... 

Well see you soon in the next chapter of my life... bye..

Assalamualaikum...


Thursday, 25 July 2013

PENGORBANAN TAK KU TEMUI

Alhamdullillah, kini genaplah aku bekerja denga syarikat ini selama 10 hari.. Aku gembira walaupun adakalanya perasaan bosan melada kerana hanya aku sahaja staff disana kerana syarikat baru.

Namun adakalanya kegembiraan bukan selaluya indah. Setiap hari aku akan dihantar oleh suami ku ke tempat kerja kerana kami mempunyai sebuah sahaja kenderaan. Jika aku yang bawa bagaimana pula suami nak bergerak, namun kalau dia yang bawa, sudah tentu aku tiada kenderaan nak ke tempat kerja. Jadi hanya dengan menghantar aku sahajalah yang dapat menyelesaikan segalanya.

Aku berterima kasih atas kesudian suami ku menghantar aku ke tempat kerja. Namun yang menjadi aku berkecil hati bila setiap hari beliau akan selalu mengungkit keadaan dia yang bekejar untuk menjemput aku pulang serta menjemput anak-anak pulang dari sekolah.

Jika sekali sekala di ungkit aku tak berapa kisah namun setiap hari. Dalam aku bersyukur adakala aku menjadi marah. Sedih bila dia mengatakan kerja beliau terbengkalai hanya bekejar menjemput aku serta anak-anak.

Apa yang dia mahu?? Mahu aku berhenti bekerja?? Sanggupkah dia menanggung segala hutang yang ditanggung seorang diri??? Aku penat.. Aku tak tahu bagaimana ini dia boleh menganggap sebagai pengorbanan sedangkan pengorbanan itu datang dari hati yang ikhlas.

Hari ini aku menjadi diam dan hati aku amat tersentuh denga kata-katanya sekali lagi tadi. Ya Allah..aku mohon padamu permudahkan lah segala urusanku.. kau buka kanlah hati suamiku untuk redha dan ikhlas dalam setiap yang dia lakukan" Amiin.. 

Wednesday, 17 July 2013

TATAPAN BUAT ANAK-ANAKKU



Buat anak-anakku yang sedang menginjak dewasa..

Ketahuilah, bahawa aku amat berharap kalian akan memandikan serta mengkafan aku bila Allah telah mencabut nyawaku ini.

Aku amat berharap moga kalian akan sentiasa mendoakan buat aku dan ayahmu tatkala kami tidak ada lagi didunia ini kelak.

Peringatan buat diriku sendiri,
Insyaallah akan aku usaha untuk mendidik anak-anakku untuk belajar dalam hal begini..
Insyaallah..

SYUKUR ALHAMDULLILLAH


Alhamdullillah..

Hari ini sudah masuk hari ke 3 aku memulakan tugasku..

Walau x seberapa namun aku bersyukur kerana Allah memberi aku peluang untuk aku menebus segala kesalahan ku ini.

Aku amat berharap moga Allah memurahkan rezeki aku dan keluarga ku.

Buat ibu dan ayah,

Insyaallah aku akan usaha mengembirakan kalian setelah ibu dan ayah banyak berfikir mengenai masalah yang aku hadapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Ibu dan ayah juga telah banyak membantu meringankan beban aku pada anak-anakku. Alhamdullillah..



Monday, 15 July 2013

RAMADHAN YANG MEMBERI CAHAYA KEHIDUPAN.


Salam ramadhan untuk semua umat Islam di dunia ini...

Aku bersyukur ke hadrat Illahi dengan hadirnya ramadhan yang mulia ini, aku di perkenankan oleh Nya untuk mendapat kerja yang sememangnya ku nantikan.
Alhamdullillah, walau tak seberapa gajinya, sekurang-kurangnya aku dapat meringan beban yang ada pada waktu ini.
Aku amat berterima kasih buat majikan ku kerana sudi menerima aku seadanya. 
Dalam pada waktu yang sama, aku juga mendapat tawaran dari kenalan dari tempat kerja yang lama. Namun aku harus pertimbagkan sewajarnya kerana majikan kini telah menghulurkan bantuan dari segi kerja tatkala aku dalam kebuntuan.
Masih ada cahaya kegembiraan buat aku dan keluarga. 
Aku mengharap moga kalian dapatlah mendoakan perjalanan hidupku kearah yang lebih baik dan diredhai oleh Allah s.w.t.



Sunday, 7 July 2013

KESEMPATAN YANG TAK DIDUGA


Setelah beberapa bulan aku tidak bekerja, masalah kewangan adalah salah satu punca aku menjadi murung. Dan aku sering kali meminjam dari adik ku yang sememangnya seorang yang berkemapuan. Mungkin sikap aku yang suka meminjam itu adakalanya membuat dia tak berapa suka. Mungkin dia tidak pernah bersuara hal berkenaan namun aku dapat tahu dari ibu ku sendiri. 



Aku tahu aku banyak menyusahkan beliau namun aku sendiri tidak berdaya. Aku sentiasa berdoa moga Allah memberi aku sedikit rezeki untuk aku membalas balik jasa nya itu.

Namun aku tak menduga sama sekali bila dia tiba-tiba memberi aku sebuah pesanan ringkas bila mana dia ingin aku menggantikan tempat maid dia sementara waktu. Sedih aku mendengarnya. Jika dia ingin aku menjaga anaknya buat sementara aku tak keberatan namun bila dia minta aku duduk dan tingga bersama beliau untuk sebulan dua, luluh hati aku bila dia pandang aku sedemikian.

Aku tahu aku tidak bekerja dan tidak berduit namun pandangan dia terhadap aku tentang pekara ini amat meruntun jiwaku. Pernah kah dia berfikir bahawa aku masih ada suami untuk aku jaga dan berbakti dan juga anak-anak yang kian dewasa yang masih perlukan penjagaan serta kehadiran aku untuk mereka meluahkan masalah mereka?

Memang aku tak menyangka. Tapi aku tak berdaya untuk menyuarakan hal ini. Aku pun tak tahu mengapa namun aku berharap moga Allah melembutkan dan membuka pintu hatinya untuk sedar akan perbuatannya. 

Buat adikku tersayang,

Akak tahu adik ingin mencari seorang pembantu rumah untuk menjaga anak-anak mu..namun bukan cara begini dan pandangan begini yang sepatutnya adik pandang dan lihat. Akak kecewa dan sedih bila adik buat akak seperti begini. Akak tahu akak banyak menyusahkan serta banyak berhutang dengan adik tapi bukan cara begini adik nak selesaikan. 

Tapi adik, akak tahu adik tak tahu hal ini akan mengguris hati akak. Akak tak salah kan adik. Akak sayang sangat adik dan anak-anak adik. Tapi adik perlu sedar yang akak juga ada tanggungjawab untuk akak sandang hingga dunia akhirat. 

Adik, dengan kemewahan yang adik adik ada, akak amat bersyukur adik mampu membuat keluarga adik bahgai dan senang. Namun jangan sesekali adik memandang rendah pada kesusahan orang lain. Akak tahu adik marah akak pinjam duit dari adik dan adik ada kata kenapa akak tak kerja je apa-apa buat masa ini. Bukan akak tak cari dik. Akak cari dan belum ada rezeki yang memihak pada akak buat masa sekarang.

Tak mengapa dik.. insyaallah akak akan cari jua dan akak akan bayar sedikit demi sedikit duit adik itu. Percaya lah, selagi nyawa akak ada, akan akak bayar hutang yang akak buat. Maaf kan akak sebab menyusahkan adik selama ini. Akak ingat hanya adik sahaja yang memahami kesusahan yang akak alami namun rupanya tidak. Akak tak salahkan adik sebab adik dah sentiasa diajar senang dan adik berusaha untuk jadi senang kan.. 

Akak ingin ucapkan ribuan terima kasih pada adik sebab sudi menolong akak. Insyaallah, dengan izin allah akan akak usahakan untuk membayar semua yang akak pinjam dengan adik ya.

Moga Allah sentiasa murahkan rezeki adik dan keluarga.

Aamiin...

Wednesday, 3 July 2013

KESEDIHAN YANG TAK NAMPAK DI MATA

Kini sudah genap aku 2 bulan tidak bekerja.. hurmm... sedih bila mengenangkan semua ini.. mungkin segala ini ada hikmahnya dan aku belum dapat jawapan yang betul.

Hati aku setiap hari berasa hilang dan sentiasa merintih bila berbagai-bagai pekara aku harus bayar. Walau aku ada suami namun aku tahu betapa berat tangungan yang perlu dia bayar. Dengan sewa rumah, kereta, anak-anak, perbelanjaan harian, sewa kedai, bil api dan air dan lain-lain lagi. Hendak aku bebankan nya dengan hutang yang aku tanggung selama ini rasa kasihan.

Aku masih berusaha untuk cuba mencari kerja sampingan ntuk dapatkan duit saku buat diri ku...namun ada kala nya yang kita mengharap tak semestinya akan dapat.

Kadang kala aku ada juga berasa kecil hati pada sikap suami ku kerana terlalu sombong dengan apa yang dia ada. Nak minta duit pun payah dan ada sahaja yang akan dia kata yang akan mengecilkan hati ini..namun bila aku diam dan fikirkan balik, aku mengerti beban yang dia hadapi. Walau pun kita mengatakan itu tanggungjawab suami namun aku sebagai isteri tak seharusnya membebankannya lagi. Namun mana harus ku cari arah??

Ya Allah, tolong lah permudahkan segala urusana ku di dunia ini. Ya Allah, murahkanlah rezeki ku serta keluarga ku. Berikan lah aku petunjuk dan hidayah agar aku dapat kekuatan dalam menangani ujian yang telah kau berikan pada ku ini. Amiin..

Friday, 28 June 2013

IBU DAN AYAH

Ibu dan ayah...

Dua insan yang sentiasa bersama kita tatkala kita senang mahupun susah. Kesakitan yang kita alami akan menjadi luka yang mendalam buat mereka. Kesedihan yang kita lalui akan menjadi satu igauan buat mereka tatkala bila mengenangkan kesedihan yang anak mereka hadapi.

Kita harus ingat, tanpa mereka, kita bukan lah sesiapa kini dan selama nya di dunia ini. Kekuatan yang mereka tunjuk pada kita bukan lah kekuatan yang mampu mereka tanggungi namun untuk kebahagian dan keselesaan kita mereka hadapi jua.

Kita juga harus ingat..mereka adalah diri mereka sendiri sebelum kita wujud. Kita sebagai anak tidak berhak untuk meminta mereka untuk berubah kerana kita sebagai anak yang harus berubah demi kebaikan.

Tatkala peningkatan usia mereka kita seharusnya sabar dan redha dengan apa jua kerenah yang mereka lakukan. Mungkin ada yang berkecil hati dengan tiap tutur kata mereka namun kita harus ingat betapa sebelum kita dewasa, bagaimana pula mereka menghadapi pelbagai ragam kita semasa kecil.

Kita juga harus ingat.. walau ibu dan ayah kita masih belum merasa puas dengan apa yang telah kita beri pada mereka...tapi sekurang-kurangnya kita puas dengan pemberian kita secara ikhlas.. jangan sesekali kita mengungkit apa pun pemberian kita. 

Ingatlah..segunung emas tidak dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mereka pada kita. Kasih sayang mereka terhadap kita tak akan sama seperti kasih sayang kita kepada mereka.

Ingatlah.. ibu dan ayah kita tak akan lama bersama kita...setiap perbuatan, tutur kata yang menyakiti kita anggaplah seperti alunan muzik yang kita gemari untuk kita redha dan hormati beliau sewaktu mereka masih ada. Kehadiran mereka kini tak akan sama bila kita kehilangan mereka. Jadi, sentiasalah hormati mereka dan jagalah hati mereka.



Monday, 17 June 2013

BILA SEORANG KAWAN BERTUKAR MENJADI MUSUH

Selama ini aku menganggap dia sebagai seorang adik dan sahabat, namun aku tidak pernah menjangkakan dia adalah musuh dalam selimut, pisau dalam lipatan dan semua lah yang bersankut paut dengan perbuatannya.

Hanya kerana satu kesalahan yang aku lakukan, dia menghukum aku seperti orang yang tak berperasaan. 

Bayangkan, kerana aku berhutang dengannya, di tuntutnya hutang nya itu seperti seorang Ah Long yang lagi teruk dari binatang. Aku pernah merayu padanya agar beri aku masa selepas aku diberentikan oleh hasutan dia kepada pihak atasan, namun tiak diendahkannya. 

Kalau Ah Long akan jejak pemiutang dan akan beri tempoh tapi dia tidak. Bole dikatakan setiap hari akan diberikan mesej untuk meminta hutang nya itu walau aku minta tempoh sehingga aku mendapat pekerjaan. Namun yang paling aku benci bila dia mula mengugut aku untuk datang kerumah dan minta aku gadaikan barang-barang aku kepadanya untuk melangsaikan hutang itu. 

Kalau banyak hutang itu tak mengapa..hanya sekadar RM 700 sahaja baki tunggakkan hutang ku itu. Mintak seperti aku berhutang sebanyak RM 7K. 

Aku beragak sendirian, mungkin kerana sikapnya ini lah yang membuatkan suaminya meninggalkannya walau dia merayu minta kembali namun suami nya pernah berkata dia tidak sanggup dengan sikapnya ini. Baru aku tahu kenapa suaminya berkata begitu. 

Buat manusia ini, ingatlah bahawa Allah itu maha adil..mungkin hari ini kau memperlaku aku begini rupa, namun aku tahu suatu hari nanti kau akan dibalas setimpa dengan apa telah kau lakukan sekarang. Ingat lah bahawa doa orang teraniya akan di makbulkan Allah.. insyaallah.

Dan aku mahu kau ingat, kita tak sentiasa akan berada diatas..suatu hari kita akan duduk dibawah juga.


Friday, 14 June 2013

DIMANA?? BAGAIMANA??

Hari ini genap 1 bulan aku tidak bekerja. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini, namun kehidupan kita sering kali terlalu banyak dugaan dan ranjau yang perlu kita tempuhi.

Aku masih lagi mencari jawatan yang sesuai dengan pencapaian akedemik yang tak seberapa ini. Apa kan daya, dengan usia yang menjangkau 37tahun, adakah masih ada yang memerlukan pekerja yang berusia seperti aku. Sedih..

Dalam beberapa hari ini sahaja sudah berapa orang menghubungi aku untuk minta membayar ansuran mudah yang aku ambil sebelum ini. Bila di kira-kira ada la dalam RM600 sebulan. Semua ini separuh adalah barangan aku sendiri dan separuh lagi hadiah buat bonda dan ayahda tersayang.

Tapi aku tahu, kita tak bole mengeluh dengan segala yang hadir namun kadang-kadang aku buntu teramat sangat.

Ingin berniaga tiada modal. Aku juga tiada kemahiran lain selain membuat kerja pejabat dan ada sikit sebanyak membuat blog. Ada yang mengesyorkan aku untuk membuat income dengan membuat blog untuk orang ramai..namun aku tidak ada keyakinan untuk membuat semua ini. Al maklum la aku bukan belajar bidang itu pun.

Aku berharap suatu masa nanti Allah akan perkenan kan doa ku agar memurahkan rezeki ku dan juga keluargaku semua.

Wallahualam...Insyaallah...Aminn

Monday, 10 June 2013

KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN UJIAN DARI NYA

Pening... penyakit yang datang tatkala aku memikirkan perjalan hidup yang perlu ditempuhi. Setelah aku diberentikan kerja aku masih mencari peluang-peluang yang ada untuk aku teruskan kehidupan ini. Bayangkan la... dengan Hari Raya yang hampir tiba, hutang bulanan yang perlu aku hadapi, sewa rumah, kereta. Hampir aku naik gila. Tapi aku tekad untuk terus kan perjuangan ini.

Alhamdullillah, walaupun ada seorang sahabat sudi menolong aku untuk meringankan beban dengan memberi upah untuk kerja-kerja beliau aku tetap bersyukur pada Illahi.

Anak-anak walau tahu kesempitan yang aku alami namun ada juga tergerak hati mereka untuk memiliki sesuatu terutama anak sulungku yang kini berada di negeri orang untuk melanjutkan pelajaran. Bukan sikit perbelanjaan yang perlu aku sediakan namun aku buntu. Kini sudah berapa minggu aku tidak pergi melawat beliau. Sedih dan rindu selalu menyelubungi hati ini tapi aku harus fikirkan juga perbelanjaan perjalanan, pengangkutan dan macam-macam lagi. Kalau aku redah sahaja demi menjenguk anak aku, bagaimana pula bila balik dari melawat dia.Apa yang kita nak pakai kalau duit dah kita belanjakan?? 

Wahai anakku, mama harap akak faham akan kesulitan yang mama hadapi. Kerinduan mama amat mendalam buat kamu sayang. Tapi mungkin bukan masa terdekat untuk mama melawat kamu. Insyaallah jika Allah beri keizinan untuk mama lawat kakak akan mama gunakan waktu itu untuk bersama kakak ya. Moga akak belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan akak nanti. 

Sering kali aku menangis mengenangkan semua ini. Uijan Allah amat kuat namun mungkin Allah ingin yang terbaik buat aku. Insyaallah.

Kini dengan ramadhan hanya sebulan sahaja lagi aku menjadi buntu sekali lagi. Ingin sahaja aku berniaga namun banyak juga modal yang perlu. Aku tak punya simpanan. 

Nasihat aku pada semua..menyimpan la bagi keperluan yang tidak kita duga. Aku dah hadapinya dan aku menyesal dan sesal kini tiada berguna. 

Aku berdoa agar Allah bukakan lah aku pintu rezeki buat diriku dan keluargaku. 


Sunday, 9 June 2013

AKU DALAM KEBUNTUAN

Hari ini tergerak hati aku untuk mengemas bilik anak dara ku.. Almaklum la bila kakak dah mula sambung belajar adik bukan nk kemas kan bilik pon... Berselerak bilik...

Dalam aku mengemas aku ternampak sebuah diari. Mungkin milik anak dara ku ini.. namun hat berbisik untuk minta aku membaca.. Salah kalau kita baca diari anak kita namun aku tergerak untuk membaca sehelai demi sehelai mukasurat berkenaan.

Sedih..hiba semua nya ada.. aku x dapt mengambarkan bagaimana perasan anak ku bila menginjak dewasa.

Pelbagai ragam dan keadaan yang dia alami. Bila aku sibuk dengan kerja aku terlepas pandang semua yang berlaku di sekelilingnya. Dia amat suka pada seorang budak yang sebaya dengan nya. Walau dia tahu betapa kami tidak berapa suka dia berkawan dengan budak itu dia tetap berkawan dibelakang kami.

Tapi yang amat aku tertanya-tanya bila salah satu muka surat ada mengatakan dia ada di ganggu atau lebih afdal lagi bila dikatakan di "raba" oleh atuk dia iaitu ayah kandung ku semasa dia berusia 11 tahun iaitu 4 tahun yang lalu.

Apa perlu aku buat? Harus kah aku bertanya hal ini pada dia dan mengatakan aku telah membaca privasi dia? Aku bingung. Kalau aku bertanya pada ibu aku hal ini, apa akan jadi?? Sedih bila aku berada di dalam dilema ini. Hati seotang ibu ingin cepat menyelamatkan dia dari hal ini tapi aku tak berdaya untuk mula kan nya.

Ya Allah..tolong kuatkan iman hamba mu ini. Dan berilah aku jalan yang dapat diselesaikan tanpa menyakiti hati mana-mana pihak.

Anakku,

Kau berilah mama peluang untuk menebus segala kepahitan yang kau alami. Bila aku ingin menyediakan segala kemewahan serta mencari rezeki untuk kita sekeluarga aku lalai dalam membimbing kau ke jalan yang benar.

Mama sentiasa berharap anak-anak mama akan sentiasa gembira dan berjaya dunia dan akhirat.

Amin..Ya Rabbal Alamin

Tuesday, 28 May 2013

KERINDUAN SEORANG IBU..

Semalam aku menghantar anak sulung ku ke Matrikulasi Negeri Sembilan. Segala berjalan lancar, Alhamdullillah.. Namun aku dan keluarga sebolehnya tak mahu menunjukan rasa sedih tatkala menghantar beliau kesana..namun hati seorang ibu tak siap menduga.

Kami bertolak pada pukul 5.30 pagi untuk menuju ke destinasi. Alhamdullillah kami sampai jua di sana dalam pukul 7.30 pagi. Kami ingatkan hanya kami yang paling awal..namun dugaanku meleset sama sekali. Kelihatan kereta sudah mula memenuhi ruang letak kereta di sana.

Kami terus mencari tempat kereta yang sesuai walaupun waktu pendaftaran anakku adalah pada pukul 10.00 pagi. Setelah kami meletakkan kenderaan kami terus ke kawasan pendaftaran. Ramai juga pelajar sudah mula beratur panjang untuk mendaftarkan diri walau jam menujukkan pukul 7.55 pagi.

Setelah selesai pendaftaran, kami mula bergerak ke asrama anakku di tempatkan. Alhamdullillah sekali lagi bila asramanya berdekatan dengan bilik kuliah serta kafe. Senang untuk anakku berbelanja jika dia merasa lapar. Tak la berapa nak risau. Yang penting ONKOS nya disediakan...hihihi

Sampai sahaja kami di bilik beliau di tingkat 1, bilik 9, kami melihat sebuah keluarga telah berada di bilik berkenan. Kami berkenalan dan mereka datang dari Raub, Pahang.

Sepanjang hari cuaca amat panas dan aku di serang darah tinggi. Kesian suami dan anak-anakku bila melihat aku dalam keadaan itu..namun aku tabah kan jua untuk menyelesaikan segala urusan.

Tepat pukul 2 petang segalanya selesai dan tiba untuk meninggalkan anakku disana. Aku ingin menangis namun ku kuat kan hati supaya tak mahu tunjukkan pada nya kerana malam sebelum berangkat ayah ku telah menitiskan air mata dihadapan beliau dan dengan rasa serba salah beliau tidak mahu meneruskan pengajian ini. Namun setelah aku menerangkan bahawa ini adalah untuk masa hadapan beliau baru lah dia boleh terima.

Namun petang sesampainya aku dirumah perasaan sayu menyelubungi aku. Rasa kerinduan itu mencengkam kalbu.

Wahai anakku...moga kau akan memperolehi kejayaan mu kelak... ingatlah mama dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat mu sayang.

Friday, 24 May 2013

KESEDIHAN YANG TIDAK AKAN PUDAR

Setelah pengumuman perletakkan jawatan pengurus syarikat pada tempoh hari, aku berkira2 yang aku akan dilantik menggantikan tempat beliau.. al maklum la, aku sudah bekerja bersama di syarikat lebih tempoh 3 tahun lebih.. dn segala kerja pengurus aku tahu kerana tiap kali ketiadaan beliau akulah yang menggantikan tempat beliau, kadang hampir sebulan dua dan kadang2 berminggu2..

Namun, ku sangka panas rupanya hujan di tengahari... satu pengumuman yang amat mengejutkan telah berlaku. Kawan sepejabat aku yang baru sahaja bekerja tak sampai 3 bulan telah dilantik kerana beliau adalah seorang graduan U... sedih dan kecewa...

Aku menangis sebaik sahaja keluar dari bilik pengurus besar atas perlantikkan itu.. KECEWA adalah satu ayat yang menggambarkan perasaan aku tatkala itu.

Aku meluahkan rasa kesedihan aku itu di wall FB ku. Namun aku masih waras dan aku hnya meluahkn rasa kecewa sahaja.

Namun atas tindakan aku meluahkan rasa kesedihan itu, aku telah diberi surat pemberhentian 24 jam.. Aku terpaku tak bersuara..apakah salah aku??? Kenapa???

Aku tekad untuk berhadapan dengan majikan aku namun atas nasihat pengurus ku supaya aku rehatkan diri
dan beri masa pada majikan aku akur.. Namun semua itu hanya lakonan semata.. hanya untuk tidak menegangkan keadaan..

Akhirnya aku akur..namun aku tahu doa seorang insan teraniya , In Sha Allah akan di makbulkan..


Ya Allah perkenankan la doa hamba-Mu yg teraniaya ini.. Amin..



1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

ATAU .......


2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.


ATAU .....


3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.

Thursday, 2 May 2013

BERDEPAN ADALAH LEBIH BAIK

Bila kita ada membuat salah atau tidak berpuashati lebih baik kita berdepan terus dari memendam perasaan sendiri. Kelak segalanya akan menjadi parah dan bukan akan lebih baik.

Jika kita x berpuashati dgn ibu atau ayah, itu dosa namanya namun jika kita ingin kan jawapan, x salah untuk kita bertanya dengan cara yang baik agar tidak mengecilkan hati ibu dan ayah kita..

 Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).” (Al-Isra : 23)

Dan jika kita x berpuas hati dengan kawan atau sahabat kita, lebih baik kita berdepan dan berbincang cara baik supaya kita x ada persaan sakit hati antara satu sama lain...

Jika tidak berpuas hati dengan majikan atau ada buat salah, lebih baik kita berdepan terus dengan beliau dan minta maaf kerana cara ini dapat membuat kita puas dan tidak sering tertanya2.

Pendek kata, BERDEPAN ITU LEBIH BAIK dari segalanya.

Jika tidak berani atau takut, banyakkan berzikir dan bacalah

La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘azimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka.
Artinya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.
In Sha Allah kita akan berasa tenang dan dapat berdepan dengan semua orang dengan mudah.. Wallahualam...


 

Wednesday, 1 May 2013

SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA BERGUNA

Setiap hari ku berdoa agar Allah memurahkan rezeki ku serta keluarga ku.. Aku bersyukur dengan rezeki yang telah aku terima untukku serta keluarga selama ini...

Namun bila dugaan hadir aku terkaku dan merasa rendah diri sangat...

Kenapa?? Adess... hanya Allah sahaja yang tahu segalanya..

Anakku akan masuk Matrik hujung bulan Mei dan aku x cukup kewangan untuk menampung perbelanjaan dia..sedih sangat hal ni... aku menyesal sangat sebab tidak membuat simpanan yang sewajarnya sebelum semua ini berlaku..

Dalam memikirkan kewangan serta perbelanjaan anak ku, roadtax serta insuran kereta juga perlu di bayar.. belum lagi sewa rumah serta duit kereta.

Walaupun aku serta suami bekerja, belum cukup untuk selesaikan semua nya sekali gus.

Suami ku bekerja sebagai pembuat perabut dengan pendapatan bawah RM 2000 sebulan..itu tertakluk kepada tempahan dari pelanggan. Jika tiada pelanggan, tiada la gaji dia.. dan aku...hanya sebanyak RM1300 belum tolak EPF atau SOCSO. Sedih sangat...

Ni la orang kata.... "SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA BERGUNA"

Bila x buat apa-apa persediaan yang sewajarnya hidup akan mula terumbang ambing.

Dalam kes begini, mahu sesetengah orang akan cari pendekatan terakhir iaitu AH LONG.

In Sha Allah, aku masih sedar dan masih waras. Aku bersyukur bila teman sepejabatku beri aku peluang berniaga tanpa mengeluarkan apa-apa modal. Beliau sanggup keluarkan modal yang besar dan minta aku jualkan mengikut harga aku sendiri untuk mencari untung.

Alhamdullillah, walau x banyak mana aku masih boleh bertahan. Aku berterima kasih kepada teman ku ini. Aku bersyukur ke hadrat Illahi untuk memberi aku jalan untuk mencari rezeki yang halal.

Walau sesedih mana pun dan serendah mana diri ini, aku masih ada teman2 serta keluarga yang memberikan galakan yang betul2 buat aku bersyukur sangat.

Amiiinnn.....

Monday, 29 April 2013

HURMMM....SEDIH NYA...RISAU NYA

Sedih nya bila tengok dalam laman sosial sekarang ni...berbagai ragam bebudak...yang paling saya geruni adalah kes buli di kalangan budak2 sekolah... Bila anak dara nak dekat masuk matrik makin lemah jiwa ni nak lepaskan sebab hal2 begini... Ya Allah...kuatkan lah iman ku untuk menerima segala dengan redha...Aminn Salah satu link budak sekolah di buli..... :(



https://www.facebook.com/photo.php?v=652627628085988&set=vb.100000162712412&type=2&theater

BANGGA DAN SEDIH.... :(

Alhamdullillah... saya bangga dengan pencapaian anak sulung ku dalam SPM beliau baru-baru ni...walau dia hanya mendapat 5A dalam SPM nya namun dia telah buat yang terbaik dalam jurusan sain semasa dalam tingkatan 5 dulu... Namun apa yang menyedihkan , saya terpaksa berjauhan dengan beliau dalam masa terdekat ni kerana beliau akan mengikuti Matrikulasi di Negeri Sembilan pada 26.5.2013 ni... Hurmm...tapi kerana beliau nak melanjutkan pengajian akan ku doa kan yang terbaik buat mu anakku... Ni la gambar Kolej matrikulasi Negeri Sembilan tu....dapat gambar depan je...hihiihi

Wednesday, 24 April 2013

Solat Dhuha...

Aku sering kali tertinggal amalan ku terhadap yang maha Esa.. bila aku dalam kegelisahan tentang kekurangan kewangan dalam kehidupan ku aku sentiasa mengeluh sehingga lah aku teringatkan pesan seorang sahabat agar sentiasa amalkan solat dhuha... aku cuba baca dan amalkan dan alhamdullillah hati aku mula aman. Insyaallah amalan ini akan aku amalkan untuk diri dan keluarga ku...


SOLAT DHUHA

Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.


v  HUKUM SOLAT DHUHA

Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:

1.      Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.      Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.      Tidak disunatkan.

4.      Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.

Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunatmu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamselalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ

صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.

Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ

بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.


v  KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

q  Ianya Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada AllahSubhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

q  Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

q  Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.

q  Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


v  TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

q  Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

q  Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-SyamaailBab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilaitsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis inidha’ifWallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.