Persahabatan... satu ungkapan yang aku seringkali tertanya-tanya pada diriku samada masih wujud atau tidak.. Seringkali aku tertipu dengan ayat itu... bila aku menaruh sepenuh kepercayaan aku ditikam bertalu-talu bagai aku tidak punya perasaan.
Kepercayaan... ayat yang aku simpan dalam sebuah persahabatan...namun aku seringkali dikhianati.
Aku dari dulu hingga kini bila berhadapan dengan sebuah persahabatan aku tanam erti kepercayaan dan aku berkongsi rahsia namun aku seringkali dikhianati. Aku tahu, kenapa harus aku mempercayai manusia dengan begitu mudah sedangkan pekara ini berulang-ulang aku tempuhi.
Aku tidak boleh membuang sikap ku yang cepat mempercayai seorang yang bergelar sahabat. Kerana sikap ku ini aku sering kali di khianati dan dikecewakan.
Kadang-kadang timbul rasa benci pada orang namun bila ada yang mula mendekati dan ingin bersahabat aku kalah... kalah pada sebuah persahabatan.
Aku hanya seorang yang menggangap satu persahabatan itu sesuatu yang amat bernilai.. aku menjaga dan aku sentiasa cuba yang terbaik dalam persahabatan..
Sakit... sakit bila aku dikecewakan dengan sebuah persahabatan..
Aku bukan meminta sebuah istana atau aku bukan meminta intan berlian...aku ingin kan seorang sahabat yang sentiasa berada disisi tatkala aku dalam kesedihan dan kesunyian..
Namun aku kehilangan semua itu kerana tiada kepercayaan dalam persahabatan.
Walau aku mempunyai seorang suami dan kita boleh mengganggap dia sebagai seorang sahabat, namun aku masih banyak rahsia yang tidak perlu dia tahu..
Kini...perkataan SAHABAT itu amat aku benci... benci hinggakan setiap manusia yang aku kenal hanya aku gelar sebagai kenalan. Aku tak mampu untuk menipu namun aku harus berdiri dan tempuhi setapak demi setapak walau tanpa seorang sahabat.
Kekecewaan mengajar aku menjadi seorang yang keras hati namun keadaan ini membuat aku benci dengan diri ku sendiri dan aku hanya mampu mengalirkan air mata dan hanya pada sebuah tulisan keluhan diri ku..
Allah itu maha pendengar dan maha mengasihani... dan aku bersyukur...
Walau jauh disudut hati aku inginkan seorang sahabat yang sentiasa berada disisi untuk bersama ku tatkala susah mahupun senang, aku pasrah jika aku di minta untuk jadi begini.
Buat seorang yang pernah menjadi sahabat,
Dulu, segala kekecewaan dan kesedihan mu aku menangis bersama mu, namun kini kau lupakan semua itu.. Aku terima.
Dulu bila kau dalam kesusahan akulah manusia yang sanggup untuk tolong dirimu walau anak-anak dan suami ku menginginkan ku...namun kini kau lupakan semua itu... Aku terima...
Dulu, kemana sahaja kita bersama dan segala rintangan kita bersama, namun kini kau lupakan semua itu... itu juga Aku terima...
Kini kau khianati aku hanya untuk kepentingan dirimu, dan kau hanya ingin lihat aku kecewa... namun aku tidak akan sesekali melupakan semua itu dan Aku terima...
Aku tidak akan balas setiap apa yang kau lakukan kerana aku masih merindui setiap detik kita bersama dan setiap kebaikan yang pernah ada dalam diri mu...
No comments:
Post a Comment