Semalam aku menghantar anak sulung ku ke Matrikulasi Negeri Sembilan. Segala berjalan lancar, Alhamdullillah.. Namun aku dan keluarga sebolehnya tak mahu menunjukan rasa sedih tatkala menghantar beliau kesana..namun hati seorang ibu tak siap menduga.
Kami bertolak pada pukul 5.30 pagi untuk menuju ke destinasi. Alhamdullillah kami sampai jua di sana dalam pukul 7.30 pagi. Kami ingatkan hanya kami yang paling awal..namun dugaanku meleset sama sekali. Kelihatan kereta sudah mula memenuhi ruang letak kereta di sana.
Kami terus mencari tempat kereta yang sesuai walaupun waktu pendaftaran anakku adalah pada pukul 10.00 pagi. Setelah kami meletakkan kenderaan kami terus ke kawasan pendaftaran. Ramai juga pelajar sudah mula beratur panjang untuk mendaftarkan diri walau jam menujukkan pukul 7.55 pagi.
Setelah selesai pendaftaran, kami mula bergerak ke asrama anakku di tempatkan. Alhamdullillah sekali lagi bila asramanya berdekatan dengan bilik kuliah serta kafe. Senang untuk anakku berbelanja jika dia merasa lapar. Tak la berapa nak risau. Yang penting ONKOS nya disediakan...hihihi
Sampai sahaja kami di bilik beliau di tingkat 1, bilik 9, kami melihat sebuah keluarga telah berada di bilik berkenan. Kami berkenalan dan mereka datang dari Raub, Pahang.
Sepanjang hari cuaca amat panas dan aku di serang darah tinggi. Kesian suami dan anak-anakku bila melihat aku dalam keadaan itu..namun aku tabah kan jua untuk menyelesaikan segala urusan.
Tepat pukul 2 petang segalanya selesai dan tiba untuk meninggalkan anakku disana. Aku ingin menangis namun ku kuat kan hati supaya tak mahu tunjukkan pada nya kerana malam sebelum berangkat ayah ku telah menitiskan air mata dihadapan beliau dan dengan rasa serba salah beliau tidak mahu meneruskan pengajian ini. Namun setelah aku menerangkan bahawa ini adalah untuk masa hadapan beliau baru lah dia boleh terima.
Namun petang sesampainya aku dirumah perasaan sayu menyelubungi aku. Rasa kerinduan itu mencengkam kalbu.
Wahai anakku...moga kau akan memperolehi kejayaan mu kelak... ingatlah mama dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat mu sayang.
No comments:
Post a Comment