Semalam adalah hari jadiku... namun aku bersyukur walau tiada sebarang hadiah yang ku terima dari sesiapa namun aku redha dengan ucapan dari teman-teman. Semalam aku teringin untuk makan kek, akhirnya aku tetap pergi ke kedai kek dan membelinya sendiri. Aku tertawa sendiri bila mana sales person tu tanya nak tulis apa kak? Akhirnya aku hanya minta dia tulis " Selamat Hari Jadi dan letak namaku disitu" namun di saat aku tertawa atas perbuatan ku anakku yang kedua menangis kesedihan kerana ibunya membelikan kek nya sendiri dan menulis nama sendiri diatas kek itu. Dia siap pujuk hati aku dengan mengatakan akan sambut hari jadi ku yang kedua bersama hari jadi ayahnya. Aku hanya mampu mengganguk dan tersenyum namun hati ku menangis tak siapa yang tahu.
Pagi ini aku amat kecewa dengan sikap suami ku... mananya tidak... bila aku menolak untuk bersamanya dia menuduh aku ada jantan lain. Haihhh... kenapa la jauh sgt fikiran nya itu.. aku cuba memujuk namun dia hanya mengomel dengan ayat2 yang amat menyakitkan hati. Tapi berkat kerana semalam adalah hari jadiku dan aku ingin membuat perubahan terhadap diriku aku hanya mampu pujuk dia dan aku banyakkan senyap sahaja dengan kata2 nya itu.
Malas nak perbesarkan isu ini kerana lagi aku bertegang leher dengannya aku yang makan hati. Buat senyap paling mudah.
Setiap perubahan yang aku lakukan ada sahaja yang dia akan pertikaikan... aduhhh... penat tau. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu. Aku tak sanggup nak bergaduh atau bertegang urat pada hal yang remeh begini. Jika tiada sefahaman aku tak tahu nak kata apa lagi.
Aku tahu dia kecewa kerana tidak dapat nak bahagiakan aku kerana dia semakin lama semakin kekurangan kewangan. Ada kala aku rasa rimas juga perihal kewangan namun aku tahu Allah itu maha mengasihani dan aku tahu suatu hari nanti Allah akan berikan kembali rezeki yang dia tahan buat suami serta aku suatu hari nanti.
Aku juga tahu suami aku merasakan dia seperti aku meminggirkan dirinya. Tidak... aku amat menyayanginya namun kadangkala sikap serta pertuduhannya terhadap aku kadangkala membuat aku marah dan sakit hati kerana pekara yang aku tidak lakukan. Kadang2 kerana sebab inilah aku jauhkan sedikit diriku kerana ingin mengubati hati yang luka. Tapi perubahan ini dia makin galak menuduh aku kerana telah berubah. Sedih... tapi aku masih berdiam dan aku harap Allah akan tolong aku.
Entahla... kadang kala aku rasakan sepatutnya aku berhenti sahaja bekerja namun aku takut hidup kami akan bertambah kesempitan dan aku tak mahu kami tertekan lagi.
Kadang kala kesudahan kisah kami ini hanya berputar dan berputar tana perhentian. Aku hanya ingin kan ending yang bahagia.. namun itu hanya dari cerita dongeng...