Friday, 28 June 2013

IBU DAN AYAH

Ibu dan ayah...

Dua insan yang sentiasa bersama kita tatkala kita senang mahupun susah. Kesakitan yang kita alami akan menjadi luka yang mendalam buat mereka. Kesedihan yang kita lalui akan menjadi satu igauan buat mereka tatkala bila mengenangkan kesedihan yang anak mereka hadapi.

Kita harus ingat, tanpa mereka, kita bukan lah sesiapa kini dan selama nya di dunia ini. Kekuatan yang mereka tunjuk pada kita bukan lah kekuatan yang mampu mereka tanggungi namun untuk kebahagian dan keselesaan kita mereka hadapi jua.

Kita juga harus ingat..mereka adalah diri mereka sendiri sebelum kita wujud. Kita sebagai anak tidak berhak untuk meminta mereka untuk berubah kerana kita sebagai anak yang harus berubah demi kebaikan.

Tatkala peningkatan usia mereka kita seharusnya sabar dan redha dengan apa jua kerenah yang mereka lakukan. Mungkin ada yang berkecil hati dengan tiap tutur kata mereka namun kita harus ingat betapa sebelum kita dewasa, bagaimana pula mereka menghadapi pelbagai ragam kita semasa kecil.

Kita juga harus ingat.. walau ibu dan ayah kita masih belum merasa puas dengan apa yang telah kita beri pada mereka...tapi sekurang-kurangnya kita puas dengan pemberian kita secara ikhlas.. jangan sesekali kita mengungkit apa pun pemberian kita. 

Ingatlah..segunung emas tidak dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mereka pada kita. Kasih sayang mereka terhadap kita tak akan sama seperti kasih sayang kita kepada mereka.

Ingatlah.. ibu dan ayah kita tak akan lama bersama kita...setiap perbuatan, tutur kata yang menyakiti kita anggaplah seperti alunan muzik yang kita gemari untuk kita redha dan hormati beliau sewaktu mereka masih ada. Kehadiran mereka kini tak akan sama bila kita kehilangan mereka. Jadi, sentiasalah hormati mereka dan jagalah hati mereka.



Monday, 17 June 2013

BILA SEORANG KAWAN BERTUKAR MENJADI MUSUH

Selama ini aku menganggap dia sebagai seorang adik dan sahabat, namun aku tidak pernah menjangkakan dia adalah musuh dalam selimut, pisau dalam lipatan dan semua lah yang bersankut paut dengan perbuatannya.

Hanya kerana satu kesalahan yang aku lakukan, dia menghukum aku seperti orang yang tak berperasaan. 

Bayangkan, kerana aku berhutang dengannya, di tuntutnya hutang nya itu seperti seorang Ah Long yang lagi teruk dari binatang. Aku pernah merayu padanya agar beri aku masa selepas aku diberentikan oleh hasutan dia kepada pihak atasan, namun tiak diendahkannya. 

Kalau Ah Long akan jejak pemiutang dan akan beri tempoh tapi dia tidak. Bole dikatakan setiap hari akan diberikan mesej untuk meminta hutang nya itu walau aku minta tempoh sehingga aku mendapat pekerjaan. Namun yang paling aku benci bila dia mula mengugut aku untuk datang kerumah dan minta aku gadaikan barang-barang aku kepadanya untuk melangsaikan hutang itu. 

Kalau banyak hutang itu tak mengapa..hanya sekadar RM 700 sahaja baki tunggakkan hutang ku itu. Mintak seperti aku berhutang sebanyak RM 7K. 

Aku beragak sendirian, mungkin kerana sikapnya ini lah yang membuatkan suaminya meninggalkannya walau dia merayu minta kembali namun suami nya pernah berkata dia tidak sanggup dengan sikapnya ini. Baru aku tahu kenapa suaminya berkata begitu. 

Buat manusia ini, ingatlah bahawa Allah itu maha adil..mungkin hari ini kau memperlaku aku begini rupa, namun aku tahu suatu hari nanti kau akan dibalas setimpa dengan apa telah kau lakukan sekarang. Ingat lah bahawa doa orang teraniya akan di makbulkan Allah.. insyaallah.

Dan aku mahu kau ingat, kita tak sentiasa akan berada diatas..suatu hari kita akan duduk dibawah juga.


Friday, 14 June 2013

DIMANA?? BAGAIMANA??

Hari ini genap 1 bulan aku tidak bekerja. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini, namun kehidupan kita sering kali terlalu banyak dugaan dan ranjau yang perlu kita tempuhi.

Aku masih lagi mencari jawatan yang sesuai dengan pencapaian akedemik yang tak seberapa ini. Apa kan daya, dengan usia yang menjangkau 37tahun, adakah masih ada yang memerlukan pekerja yang berusia seperti aku. Sedih..

Dalam beberapa hari ini sahaja sudah berapa orang menghubungi aku untuk minta membayar ansuran mudah yang aku ambil sebelum ini. Bila di kira-kira ada la dalam RM600 sebulan. Semua ini separuh adalah barangan aku sendiri dan separuh lagi hadiah buat bonda dan ayahda tersayang.

Tapi aku tahu, kita tak bole mengeluh dengan segala yang hadir namun kadang-kadang aku buntu teramat sangat.

Ingin berniaga tiada modal. Aku juga tiada kemahiran lain selain membuat kerja pejabat dan ada sikit sebanyak membuat blog. Ada yang mengesyorkan aku untuk membuat income dengan membuat blog untuk orang ramai..namun aku tidak ada keyakinan untuk membuat semua ini. Al maklum la aku bukan belajar bidang itu pun.

Aku berharap suatu masa nanti Allah akan perkenan kan doa ku agar memurahkan rezeki ku dan juga keluargaku semua.

Wallahualam...Insyaallah...Aminn

Monday, 10 June 2013

KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN UJIAN DARI NYA

Pening... penyakit yang datang tatkala aku memikirkan perjalan hidup yang perlu ditempuhi. Setelah aku diberentikan kerja aku masih mencari peluang-peluang yang ada untuk aku teruskan kehidupan ini. Bayangkan la... dengan Hari Raya yang hampir tiba, hutang bulanan yang perlu aku hadapi, sewa rumah, kereta. Hampir aku naik gila. Tapi aku tekad untuk terus kan perjuangan ini.

Alhamdullillah, walaupun ada seorang sahabat sudi menolong aku untuk meringankan beban dengan memberi upah untuk kerja-kerja beliau aku tetap bersyukur pada Illahi.

Anak-anak walau tahu kesempitan yang aku alami namun ada juga tergerak hati mereka untuk memiliki sesuatu terutama anak sulungku yang kini berada di negeri orang untuk melanjutkan pelajaran. Bukan sikit perbelanjaan yang perlu aku sediakan namun aku buntu. Kini sudah berapa minggu aku tidak pergi melawat beliau. Sedih dan rindu selalu menyelubungi hati ini tapi aku harus fikirkan juga perbelanjaan perjalanan, pengangkutan dan macam-macam lagi. Kalau aku redah sahaja demi menjenguk anak aku, bagaimana pula bila balik dari melawat dia.Apa yang kita nak pakai kalau duit dah kita belanjakan?? 

Wahai anakku, mama harap akak faham akan kesulitan yang mama hadapi. Kerinduan mama amat mendalam buat kamu sayang. Tapi mungkin bukan masa terdekat untuk mama melawat kamu. Insyaallah jika Allah beri keizinan untuk mama lawat kakak akan mama gunakan waktu itu untuk bersama kakak ya. Moga akak belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan akak nanti. 

Sering kali aku menangis mengenangkan semua ini. Uijan Allah amat kuat namun mungkin Allah ingin yang terbaik buat aku. Insyaallah.

Kini dengan ramadhan hanya sebulan sahaja lagi aku menjadi buntu sekali lagi. Ingin sahaja aku berniaga namun banyak juga modal yang perlu. Aku tak punya simpanan. 

Nasihat aku pada semua..menyimpan la bagi keperluan yang tidak kita duga. Aku dah hadapinya dan aku menyesal dan sesal kini tiada berguna. 

Aku berdoa agar Allah bukakan lah aku pintu rezeki buat diriku dan keluargaku. 


Sunday, 9 June 2013

AKU DALAM KEBUNTUAN

Hari ini tergerak hati aku untuk mengemas bilik anak dara ku.. Almaklum la bila kakak dah mula sambung belajar adik bukan nk kemas kan bilik pon... Berselerak bilik...

Dalam aku mengemas aku ternampak sebuah diari. Mungkin milik anak dara ku ini.. namun hat berbisik untuk minta aku membaca.. Salah kalau kita baca diari anak kita namun aku tergerak untuk membaca sehelai demi sehelai mukasurat berkenaan.

Sedih..hiba semua nya ada.. aku x dapt mengambarkan bagaimana perasan anak ku bila menginjak dewasa.

Pelbagai ragam dan keadaan yang dia alami. Bila aku sibuk dengan kerja aku terlepas pandang semua yang berlaku di sekelilingnya. Dia amat suka pada seorang budak yang sebaya dengan nya. Walau dia tahu betapa kami tidak berapa suka dia berkawan dengan budak itu dia tetap berkawan dibelakang kami.

Tapi yang amat aku tertanya-tanya bila salah satu muka surat ada mengatakan dia ada di ganggu atau lebih afdal lagi bila dikatakan di "raba" oleh atuk dia iaitu ayah kandung ku semasa dia berusia 11 tahun iaitu 4 tahun yang lalu.

Apa perlu aku buat? Harus kah aku bertanya hal ini pada dia dan mengatakan aku telah membaca privasi dia? Aku bingung. Kalau aku bertanya pada ibu aku hal ini, apa akan jadi?? Sedih bila aku berada di dalam dilema ini. Hati seotang ibu ingin cepat menyelamatkan dia dari hal ini tapi aku tak berdaya untuk mula kan nya.

Ya Allah..tolong kuatkan iman hamba mu ini. Dan berilah aku jalan yang dapat diselesaikan tanpa menyakiti hati mana-mana pihak.

Anakku,

Kau berilah mama peluang untuk menebus segala kepahitan yang kau alami. Bila aku ingin menyediakan segala kemewahan serta mencari rezeki untuk kita sekeluarga aku lalai dalam membimbing kau ke jalan yang benar.

Mama sentiasa berharap anak-anak mama akan sentiasa gembira dan berjaya dunia dan akhirat.

Amin..Ya Rabbal Alamin